KAJIAN ENTAH DARI MANA...


Shukri Ahmad

Perkhidmatan Gunting Rambut Kurangkan Tekanan Darah Tinggi?

1. Terkejut saya baca tweet Dr. Afif Bahardin ini. Saya cuba cari jurnal mana yang dikatakan tersebut.

2. Akhirnya saya jumpa. Tajuknya, A Cluster-Randomized Trial of Blood-Pressure Reduction in Black Barbershops. Betul dia kata, kajian ini diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine pada tahun 2018.

3. Kajian ini nak menguji program kawalan tekanan darah tinggi dalam kalangan lelaki berkulit hitam, yang mana mereka minta tukang gunting rambut (barbers) untuk promosikan kesihatan dengan menghubungkan klien dengan rawatan perubatan oleh ahli farmasi.

Dalam bahasa mudah, kajian ini nak tengok, efektif tak kalau ahli farmasi buat kerjasama dengan kedai gunting rambut (sebab ini tempat lepak lelaki kulit hitam kot, macam kedai mamak di Malaysia) untuk promosi rawatan perubatan.

4. Seramai 319 orang lelaki kulit hitam non-Hispanic berumur 35-79 tahun, dengan tekanan darah sistolik 140mm Hg ke atas terlibat dalam kajian ini.

5. Mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan:

i) Kumpulan intervensi: penggunting rambut promosi follow-up dengan ahli farmasi dan uji tekanan darah. Ahli farmasi ini turun sendiri kedai tersebut dan jumpa dengan mereka.

ii) Kumpulan kawalan: penggunting rambut promosi perubahan cara hidup dan temujanji doktor.

6. Keputusannya, intervensi rawatan perubatan yang diberi oleh ahli farmasi yang turun kedai tersebut lebih berkesan mengurangkan tekanan darah (bagi mereka yang ada hypertension) berbanding kumpulan satu lagi.

7. Jadi kenyataan Dr Afif ini jelas ada tujuan politik. Mana boleh “mislead” rakyat dengan kenyataan bahawa perkhidmatan kedai gunting rambut boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

8. Keputusan kajian ini cakap pasal barber tolong promosi kesihatan sahaja. Yang berkesannya ubat dan follow up oleh ahli farmasi, bukan sebab dia pergi gunting rambut masa PKP Covid-19.

9. Kalau ya pun nak sokong Azmin Ali, jangan guna hujah yang tak cerdik tapi konon nak nampak cerdik.

#KopiPasta

No comments: