KISAH PEKEBUN SAYUR DI CAMERON HIGHLAND



Mat Saman Kati

Ramai pulak yang tag aku kat posting-posting yang berkaitan dengan sayur. Tak larat aku nak melayan komen-komen...nampak sangat depa tak tau rantaian bekalan ni. Mai aku nak cerita sikit sebab benda ni tak ada dalam rekod.

Ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri berkebun di Cameron.

Nombor satu sekali, kebanyakan kebun sayur di Cameron ni kebun haram.Kebun-kebun yang hangpa nampak tepi jalan tu hanya showroom untuk pelancong. Kebun yang real, paling kurang pun kena masuk dua tiga kilometer kedalam dan bukan ada jalan tar. Yang ada jalan kebun.

Aku nak cari tapak kebun, kena cari kabel kat Pejabat Tanah. Depa tolong carikan..janji bayar bulan. Majoriti buat macam tu, jadi kalau secara rasmi depa kata ada seribu hektar kebun sayur di Cameron, ada 4ribu hektar lagi yang haram. Ni bukan aku yang cakap...pi tanya Presiden REACH, Ramakrishnan tu.

Selesai satu bab.

Nak angkut keluar sayur dari kebun kena pakai 4WD. Dulu depa pakai Landrover yang ada tulis CH kat pintu landrover tu. Landrover ni boleh jalan dalam kawasan Cameron saja. Sekarang ramai yang pakai Hilux dua pintu sebab nombor satu, Hilux ni boleh bawa sampai tiga tan kalau pandai susun. Time takda bawa sayur, boleh pakai pi Ipoh.

Bawa sayur tiga tan ni takat tepi jalan saja...lepas tu lori 10 tan dok tunggu. Lori ni akan bawa ke pusat pengumpulan sama ada di Bertam Valley, Brincang atau Kampung Raja. Kat situ depa susun, mana nak hantar Selayang, mana nak hantar Penang dan mana nak hantar Singapore.

Lori kemudian hantar sayur-sayur ni pergi ketempat yang diatas, dan serahkan kepada pemborong sayur. Dari pemborong ni, depa hantar pulak sama ada ke pasar harian atau supermarket.

Hangpa cuma tau pi supermarket, semua ada. Bila takdak..salahkan petani yang dok hujung dunia tu.

Tapi cukup la...aku tak mau gaduh pasai ni lagi dah. Hangpa tunggu saja la dua tiga minggu lagi. Petani pun tak ada buang sayur...hangpa pun takdak sayur. Kita makan Maggi.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

LAPORAN POLIS TERHADAP PROF KANGKUNG.STEVEN HARUS SAMAN .

  Hariz Zafrie Laporan polis telah dibuat terhadap seorang profesor berhati jahat yg mencetuskan kebencian antara kaum..