Tindakan terhadap Fuziah ‘overzealous’, kata peguam

Tindakan terhadap Fuziah ‘overzealous’, kata peguam
Peguam beliau, Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata, Fuziah sudah membuat turun video itu secara sukarela beberapa jam selepas ia dimuatnaik sebaik sahaja menyedari ia video lama.

Pihak kerajaan tidak perlu memperbesarkan isu kesilapan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang membuat naik video lama di facebook beliau kerana ia sudah dibuang secara sukarela.
Peguam beliau, Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata, Fuziah sudah membuat turun video itu secara sukarela beberapa jam selepas ia dimuatnaik sebaik sahaja menyedari ia video lama.
“Jika kes ini diambil tindakan, ia satu tindakan ‘overzealous’ (berlebihan) kerana YB Fuziah telah membuat turun semula video itu beberapa jam selepas ianya dinaikkan apabila mengetahui ia tidak betul.
“Fuziah membuat naik video itu kira-kira jam 9 – 10 malam manakala selepas ia disedari beliau tidak betul, ia dibuat turun jam 1- 2 pagi pada hari itu juga.
“Manakala laporan yang dibuat oleh Imigresyen terhadapnya hanya pada keesokan harinya,” cerita Ahmad Nizam kepada Malaysia Dateline.
AHMAD NIZAM HAMID
Fuziah membuat naik rakaman video yang menunjukkan orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru menerusi akaun Facebook (FB) miliknya.
Beberapa jam selepas menyedari ia video lama, Fuziah telah menurunkkannya semula.
“Fuziah tidak ada niat jahat di sini. Ia bertujuan untuk memberikan peringatan kepada kerajaan sahaja.
“Selepas menyedari ia video lama, Fuziah sendiri menurunkannya semula sebelum laporan polis dibuat oleh pihak Imigresen mengenainya,” kata Nizam.
Polis telah memanggil Fuziah dan merakamkan kenyataan dari beliau selepas laporan dibuat terhadap bekas Timbalan Menteri Agama itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya turut merampas gajet yang digunakan untuk memuat naik video dan kenyataan berkenaan.
“Pada 10 April (Jumaat) lalu, polis sudah menjalankan siasatan berhubung satu kenyataan dan video yang dimuat naik pemilik akaun Fuziah Salleh di FB.
“Pengarah Jabatan Imigresen Johor sudah menafikan perkara berkenaan sebelum memuat laporan polis berhubung perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Huzir berkata, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

No comments: