PASUKAN BANTUAN PARLIMEN KUANTAN TELAH MEMBANTU PENDUDUK SETEMPAT


Ahmad Shahril




Pasukan frontliners Parlimen Kuantan telah menggerakkan siri bantuan pek makanan rumah ke rumah sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini dengan fokus kepada warga emas yang tinggal berseorangan dan ibu-ibu tunggal berpendapatan rendah yang keputusan bekalan makanan. Antara kawasan yang disantuni ialah Kg Semangat, Kg Tanah Putih Lama, Kg Sg Isap, Kg Cherok Paloh, Kg Tanjung Api, Kg Kurnia, Kg Razali, Kg Teluk Mahang, Kg Pahang, Kg Sg Soi dan Kg Kempadang.


Penyertaan para penyumbang terus dialu-alukan bagi membantu rakyat yang sedang menghadapi kepayahan dan kesulitan akibat bencana wabak Covid-19 ini.