DARI A.KADIR JASSIN



1. Alhamdulillah dan terima kasihlah kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, kerana ikhlas mengaku yang bantuan kerajaan KICA kepada wanita misteri Mak Cik Kiah (MCK) tu RM800 sahaja.

2. Ini sagatlah besar bezanya dengan yang Perdana Menteri "bukan pilihan rakyat" Muhyiddin Mohd Yassin dakwa sebanyak RM4,464 seorang.

3. "Bukan pilihan rakyat" tu bukan saya yang memandai-mandai. Muhyiddin sendiri yang kata dalam ucapan dia Jumaat lalu.

4. Jadi betullah congak sahabat saya iaitu bakinya adalah duit MCK sendiri yang ada dalam sistem kewangan negara macam simpanan, caruman dan hutang. Maksudnya duit sendiri lah.

5. Kecuali pengeluran simpanan KWSP, mudah tunai (liquidity) yang lain tu sementara saja. Lepas tempoh penangguhan, segala hutang kena bayar balik macam biasa.

6. Jadi MCK dan penerima kena faham dan jangan dok joli. Macam Tengku Zafrul kata, duit yang kerajaan ikut celah atap bagi hanya RM800.

7. Itu pun bukan duit dia. Duit kerajaan. Duit cukai kita. Ni dengar cerita mereka dok fikir nak bawa balik GST pula.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin.