NAJIB. CUKUP CUKUPLAH JADI BAHAN LAWAK DUNIA.


DS Najib adalah bekas PM Malaysia yang sekarang menghadapi tuduhan mahkamah dalam kes pecah amanah wang negara terbesar dalam sejarah dunia moden.
2. Kenyataan beliau smlm menyanggah usaha pembangkang khususnya Presiden PKR DS Anwar Ibrahim yang mengetuai blok PH didalam memberikan check dan balance kepada pakej rangsangan PM adalah sesuatu yang amat tidak wajar.
3. Seorang yang menghadapi tuduhan berat di mahkamah seperti Najib sebaiknya jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan dan pembangkang.
4. Tugas pembangkang yang efektif dan bertanggungjawab memang seharusnya bersikap kritis dan serius didalam menentukan polisi kerajaan tidak diselewengkan. Apatah lagi terhadap sebuah kerajaan yang dibina atas asas penyelewengan.
5. Tidak seperti pembangkang sebelum ini yang tidak efektif kerana tumpuan hanya kepada mencuri kembali kuasa dan lepas hukuman jenayah, pembangkang hari ini berkerja menjadi pembangkang efektif.
5. Cukuplah dunia heran dan ketawa melihat kerajaan ini dibina oleh tandatangan dan sokongan ahli parlimen yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah spt Najib.
6. Kita juga wajar curiga dan mempersoalkan apakah sokongan hebat Najib kepada Muhyidin sbg PM sekarang sebahagian dari Pakej Rangsangan untuk lolos dari hukuman?
7. Najib, cukuplah menjadikan Malaysia bahan lawak dunia.
8. JUST STAY IN COURT ( or jail later).
Mohamad Ezam Mohd Nor
29 March 2020, 4 Syaaban 1441H.