INI STATUS POLITIK. KALAU TAK SUKA POLITIK, SILA SKIP.




KEADAAN 1
Selepas Langkah Sheraton, yang terbentuk adalah sebuah kerajaan tanpa mandat. Ini diakui sendiri oleh Muhyiddin yang menyebut 'this is not the government you voted for'.

Kerajaan ini terbina atas kerjasama longgar antara ahli parlimen, bukan antara parti, seperti yang disebut oleh beberapa pemimpin Umno. Apa yang kurang pada kerajaan ini adalah sokongan. Kerajaan ini tidak mampu membuktikan ia mendapat sokongan rakyat.

KEADAAN 2
Apabila COVID-19 menjadi pandemik sehingga Malaysia sendiri terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan, kebanyakan rakyat mula terasa tekanan meneruskan kehidupan.

Ramai yang yang terganggu mata pencarian malah tak kurang yang hilang terus punca rezeki. Pada keadaan ini rakyat mencari tempat berpaut, meskipun pada dahan yang rapuh.

Kedua-dua keadaan ini mewujudkan 2 pihak yang terdesak (desperate). Kerajaan terdesak mahukan sokongan rakyat manakala rakyat terdesak mahukan bantuan.

Dalam situasi ini, Muhyiddin bijak memanipulasikan keadaan. Dia menyelesaikan keterdesakan rakyat dengan pakej rangsangan ekonomi dan dengan itu, dia mula mendapat apa yang dia terdesak untuk dapat - sokongan rakyat.

Keadaan yang mendesak ini membuatkan ramai yang tidak peduli lagi dari mana sumber bantuan yang dialirkan. Bagi rakyat, asalkan dapat hadapi masa sulit ini, itu sudah memadai...

Maka kerana itu, dalam situasi sekarang ini adalah tidak bijak terus-terus menghentam bantuan yang kerajaan sediakan. Benar, yang dinyatakan itu semua berfakta. Tapi macam aku kata tadi, rakyat sudah tak pedulikan fakta. Rakyat cuma mahukan duit!

Lebih tak elok, mengkritik bantuan itu bagaikan menyindir si penerima. Penerima bukan setakat penyokong kerajaan, bahkan lebih ramai golongan atas pagar.

Kalau mahu menang pilihanraya, golongan atas pagarlah yang paling perlu dijaga. Sokongan mereka boleh swing bila-bila masa dan mereka yang menentukan parti mana akan memerintah.

Politik ini satu seni. Barang seni perlu ada bunganya. Contoh, orang seni kata, "hatiku bagaikan dihiris sembilu" sedangkan kalau yang bukan seni akan cakap "aku sakit hati!".

Pada ketika ini, menyatakan fakta secara langsung sebenarnya umpama menyiram racun kepada pokok. Pembentangan fakta, apa lagi dengan ayat menyindir akan menyebabkan ramai yang sakit hati dan mungkin mula berpaling dari PH. Ia amat merugikan PH.

Kerana itu dalam masa ini, aku menulis dengan cukup berhati-hati. Aku tidak mahu kelihatan menyindir mereka yang menerima bantuan. Mesej aku tidak aku hidang dalam dulang. Tapi cuma jadi perisa dalam lauk.

Aku pohon mereka yang menyokong PH agar berhati-hati sedikit dalam menulis. Jangan terlalu ikutkan rasa kerana ia mungkin akan menyusutkan sokongan golongan atas pagar terhadap PH.

Bila masa nak menyerang? Sabarlah... Muhyiddin sebenarnya memasang perangkap untuk dirinya sendiri. Kita tengok selepas kemelut coronavirus ini selesai. Masa itu, akan ada banyak ruang terbuka untuk kita bedil...

Cnp

No comments: