PERATURAN, TAPI KETAT PERLU BERTEMPAT.


Arina riana



Kita setuju peraturan mesti perlu diperketatkan.  Tetapi ada golongan tertentu yang perlu diberi kelonggaran dengan syarat mereka TETAP MENGAWAL DIRI..

1. nelayan perlu dibenarkan menangkap ikan.  Jika tidak tak ada bekalan ikan.  Sedangkan rakyat perlu membeli ikan untuk dibuat lauk.

2. Penanam sayur perlu dibenarkan ke kebun untuk menanam sayur,  membaja,  menyiram dan memungut sayur untuk dijual dipasar.  Jika tidak,  tak adalah bekalan sayur.

3. Penternak ayam perlu dibenarkan mengurus ternakan ayam,  sama ada ayan telor atau ayam daging.  Jika tidak,  tak ada bekalan telor dan daging ayam.

4. Yang terpenting,  para petani atau pesawah perlu dibenarkan untuk ke sawah membajak,  nembenih,  menjaga padi,   membaja dan menuai.  Tempoh masa lebih kurang lebih dari 3 bulan.  Jika sawah tidak dikerjakan,  bekalan beras akan terjejas. Dalam keadaan biasa pun,  Malaysia terpaksa mengimport beras dari beberapa negara seperti Thailand dan Vietnam.  Dengarnya,  Vietnam, buat masa ini tidak tidak akan mengsport berasnya kerana meraka perlu menyimpan bagi kegunaan domestik disebabkan virus corona.

Jadi,  kalau sawah yang ada di negara sendiri tidak dikerjakan,  bagaimana pengeluaran padi/ beras?

Dari maklumat yang sahih,  pihak polis menyuruh pesawah-pesawah di Kedah utk pulang ke rumah.  Tak boleh membajak,  walaupun pesawah itu hanya seorang diri membajak dengan traktornya dan dia tersebut memakai topeng muka.

Kalau tak dibenarkan membajak,  nampaknya tak bolehlah bertanam padi.  Tak ada padi,  tak ada beras.  Saya percaya tentu ada kelonggaran di sini.  Jika nelayan dibenarkan kelaut,  penanam sayur di Cameron Highlands boleh keluar bertanam dan memetik sayur,  tentulah para pesawah atau petani dibenarkan mengerjakan sawah.

Bekalan beras negara boleh cukup untuk berapa bulan lagi?

Boleh dikatakan semua negara dilanda virus corona.  Nak import beras dari mana ?

Siapa nak jawab ni?

PESAWAH PENCEN.


No comments: