Covid-19: Malaysia paling banyak jangkitan, Indonesia tertinggi kematian

Covid-19: Malaysia paling banyak jangkitan, Indonesia tertinggi kematian



Malaysia kini mencatatkan kes koronavirus baharu (Covid-19) yang tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah 2,320 kes.
Setakat semalam juga, 27 kes kematian direkodkan manakala 320 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad.
Berbeza dengan Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu mencatatkan jumlah kematian akibat Covid-19 tertinggi di ASEAN dengan jumlah 102 kes kematian.
Indonesia mempunyai 1,155 kes positif Covid-19 dan 59 orang telah sembuh sehingga jam 7 malam tadi.
Sebelum ini, beberapa pakar perubatan menyuarakan kebimbangan mengenai kurangnya tahap waspada Indonesia terhadap risiko kes yang gagal dikesan.
Secara keseluruhan, 10 negara ASEAN mencatatkan jumlah positif Covid-19 sebanyak 6,929 kes dengan 206 kematian manakala 739 orang telah sembuh.

No comments: