Mungkinkah kita akan meneruskan kerja dari rumah?

Mungkinkah kita akan meneruskan kerja dari rumah?



Kehidupan kita telah berubah dengan begitu banyak selama beberapa minggu ini.
Sekolah-sekolah ditutup, sesetengah bandar raya ada yang dilaksanakan perintah berkurung, dan ada yang bangun sahaja dari tidur, terus bergegas untuk melaporkan kehadiran bertugas secara di atas talian setelah dikeluarkan arahan.
Dalam masa kurang dari seminggu, banyak institusi telah berusaha keras untuk menjadikan amalan kerja di rumah berjaya dan membantu kakitangan mereka memulakan tugasan dari bilik makan, ruang tamu dan bilik tidur mereka.
Mungkinkah ada baiknya kita memulakan kerja dari rumah mulai sekarang kerana setakat ini ramai juga yang berkata dan membuktikan kerja di rumah adalah berfungsi dengan baiknya.
Kehidupan kita memang menjadi agak tertekan sekarang ini, dan sungguh pun memaksimumkan produktiviti tidak sangat diutamakan dalam situasi krisis sekarang, kerana ramai antara kita sedang mengimbangi tugas kerja dan tanggungjawab kehidupan harian.
Kononya kita diberi kuasa untuk menguruskan masa, dan memanfaatkan masa puncak tumpuan sendiri, dan dengan tidak merasa tertekan dengan perjalanan harian ianya boleh menjadi sesuatu berharga.
Maka, mungkinkah cara Caplan, Ketua Pegawai Eksekutif RY yang mencadangkan ‘kerja dari rumah’ yang dikatakan sebagai berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan bantuan daya teknologi dan didorong oleh permintaan para pekerja untuk fleksibiliti di tempat kerja membuahkan hasil?
Walaupun kehadiran virus Covid-19 bukanlah keadaan terbaik bagi mana-mana industri pekerjaan untuk memaksa kita bekerja secara terpencil, namun ketidaktentuan ini mungkin menjadi suatu yang lebih besar ke arah pilihan profesional seperti ini.
Virus Corona akan mendedahkan lebih ramai orang bekerja secara jarak jauh dari sebelumnya.
Kebanyakan orang akan melihat bahawa ia mungkin dan mula berkembang dengan kebiasaan [pekerjaan terpencil], termasuk autonomi, tidak perlu berulang ke pejabat, dan kurang gangguan daripada pejabat terbuka.
Industri pekerjaan yang tidak membenarkan pekerjaan terpencil sudah perlu terus menyokongnya, kerana ia telah membuktikan bahawa ia mampu berfungsi.
Bagi institusi, syarikat dan perniagaan yang baru ingin meninjau cabaran kerja jarak jauh, mereka mungkin akan meningkatkan pilihan fleksibiliti mereka, meningkatkan teknologi dan keselamatan siber mereka, dan melihat kedua-dua proses operasi semasa mereka.
Banyak usahawan yang berada dihadapan dan lebih maju bersetuju dengan amalan kerja secara jarak jauh.
Membolehkan pekerja untuk memilih lokasi mereka pada dasarnya memberi kesan kepada kesediaan , budaya, dan keupayaan untuk berskala.
Antara kemungkinan yang berlaku adalah, hubungan komunikasi di antara staf dan kakitangan adalah lebih baik, namun ada yang menyanggah kerana ia merupakan gangguan emsoi bagi setengahnya.
Untuk itu, staf kakitangan semestinya adalah mereka yang tahu dan mahir dalam teknologi maklumat.
Para staf kakitangan akan menjadi lebih berdisiplin dan berkesan kerana tiada siapa yang bertanggungjawab untuk dipertanggungjawabkan, maka anda harus bertanggungjawab untuk diri sendiri.
Institusi juga memperolehi dan mempunyai akses keatas keseluruhan kumpulan bakat.
Bekerja secara jarak membolehkan kita mengekalkan bakat yang hebat kerana mereka merasakan mereka dapat mengatasi tuntutan kekeluargaan setiap hari dengan lebih berkesan, sambil tidak membuang masa dan waktu berharga.
Keupayaan untuk mengembangkan sebuah institusi tanpa pajakan menjadi semakin menarik.
Di samping dapat menawarkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang fleksibel dan menarik para profesional peringkat tinggi, pengusaha tidak perlu membayar sewa pejabat dan diterjemahkan kepada pekerja yang lebih bahagia.
Kos bagi menyewa tempat kerja boleh digunakan untuk membayar gaji pekerja.
Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku selepas COVID-19, atau berapa lama tempoh pandemik ini akan bertahan.
Apa yang boleh kita lakukan adalah memanfaatkannya dan berfikir tentang bagaimana kehidupan profesional kita akan kelihatan apabila semua ini telah diselesaikan.
Dan mungkin, lebih penting lagi, kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita lalui terutama tentang menghargai kebebasan kita.
Sungguh pun bekerja secara terpencil menyumbang 4% daripada penduduk, tetapi bagi kita yang boleh melakukan pekerjaan kita dari mana saja, tidak pernah ada masa yang lebih baik untuk menggunakan kemerdekaan ini dan menjadikannya kekal
* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior

No comments: