Dalam sesi wawancara bersama Astro Awani topik persoalan 'Dari Mana Datangnya Peruntukan Pakej Prihatin' diumumkan, Menteri Kewangan akui Mak Cik Kiah terima bantuan RM864 sahaja bukan RM4464 seperti disebut PM...
Selebihnya apa diumumkan dalam pakej tersebut adalah dari penangguhan bayaran, yang mana tetap ditanggung rakyat dan kena dibayar Mak Cik Kiah...
a. Tangguh bayaran ansuran bank
(RM100b – duit rakyat)
b. Keluar duit sendiri dari EPF
(RM40b – duit rakyat)
c. Penangguhan sumbangan EPF dan HRDF tempoh 6 bulan. Tapi selepas itu kena bayar semua tertangguh
(RM6b – duit rakyat)
2. Bantuan penjimatan Mak Cik Kiah bukannya RM4,464, tetapi RM864 sahaja:
a. Pinjaman kereta RM1800
(kena bayar penuh selepas ini, tempoh sewa-beli dilanjutkan 6 bulan lagi dari kotrak asal)
b. Bayaran pinjaman PTPTN RM1200
(kena bayar selepas ini)
c. Tangguh bayaran pinjaman kredit mikro RM600
(kena bayar selepas ini).
RM3600 tetap Mak Cik Kiah kena bayar selepas ini bukan dihapus kira.
Penjimatan Makcik Kiah hanya melibatkan sewa rumah RM744 dan bil letrik RM120.
Keseluruhan penjimatan Makcik Kiah ialah RM864, bukan RM4,464.