46362787_10218322694278974_8443783606605709312_n
KUALA LUMPUR – Sesiapa yang berhubung secara terus dengan tetamu majlis akad nikah di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi baru-baru ini diminta untuk membuat ujian saringan Covid-19.
Menurut Pengerusi Surau Bangi Perdana, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Jailani Jasmani ujian itu perlu segera dibuat kerana terdapat empat kes positif Covid-19 dikesan selepas majlis berkenaan yang diadakan pada 6 Mac lalu.
“Diminta sesiapa yang ada kontak dengan salah seorang dari mereka selepas majlis tersebut, harap dapat kuarantin diri dan membuat saringan di pusat kesihatan.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Abqari, dan isterinya, Dr. Mimi Azura Abd Aziz dan anak bongsu mereka yang berumur sembilan tahun telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di HKL (Hospital Kuala Lumpur).
“Dukacita dimaklumkan bahawa Nik Munera telah disahkan positif Covid-19 dan sekarang sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” demikian menurut Jailani dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, KKM berkata, sebanyak 47 kes positif Covid-19 adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan di masjid itu yang turut dihadiri jemaah daripada perhimpunan tabligh. -MalaysiaGazette