BUDI Diesel: 52,133 Pemilik Pikap, Jip Di Sabah Terima Tambahan 100 Liter – MOF

 

IMG_4994

Kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan tertentu yang bergantung pada diesel untuk kegunaan harian, termasuk pengusaha bot. Foto KPDN Sabah

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan permohonan sebanyak 52,133 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di Sabah bagi kelayakan tambahan 100 liter diesel menerusi inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 12 Oktober 2026.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, penetapan kelayakan tambahan itu mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi, khususnya dalam kalangan penduduk luar bandar, peniaga kecil, petani dan mereka yang menggunakan kenderaan diesel bagi menjana pendapatan.

Manakala sebanyak 19,008 permohonan pemindahan kelayakan BUDI Diesel telah diluluskan dengan 5,555 daripadanya melibatkan pemohon dari Sabah bagi memudahkan urusan harian mereka.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan kerajaan bagi pembaharuan penyasaran subsidi diesel melalui BUDI Diesel secara berperingkat bermula 27 Jun 2026, sebelum pelaksanaannya diperluaskan ke seluruh negara pada 1 Julai 2026.

Penjelasan berkenaan dibuat bagi menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai mekanisme subsidi diesel di Sabah menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Untuk pengguna selain pemilik kenderaan individu, MoF menjelaskan bahawa kerajaan turut mengambil kira keperluan kumpulan tertentu yang bergantung pada diesel untuk kegunaan harian, termasuk pengusaha bot, pengguna set janakuasa bergerak dan pam air di kawasan pedalaman.

Menurut MOF, golongan tersebut boleh dipertimbangkan untuk menerima bantuan BUDI Diesel melalui mekanisme MyKad, tertakluk kepada syarat kelayakan dan pengesahan kerajaan negeri serta agensi berkaitan seperti pejabat daerah, pejabat residen atau agensi negeri yang ditetapkan.

Langkah itu bertujuan memastikan kumpulan yang benar-benar bergantung pada diesel dalam memenuhi keperluan harian tidak tercicir daripada menerima bantuan.

Pemantauan secara turun padang dilakukan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pelaksanaan kuota BUDI95 dan BUDI Diesel termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan BUDI Diesel berdasarkan data penggunaan, maklum balas pengguna, input kerajaan negeri serta keperluan sektor yang terlibat.

“Sebarang penambahbaikan akan diperhalusi secara data supaya subsidi diesel dapat disalurkan dengan lebih mudah, adil, bersasar dan mampan kepada pengguna yang benar-benar layak, tanpa membuka ruang kepada ketirisan atau penyalahgunaan subsidi,” kata MOF.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:




Dari flotila ke layar TV! Fahmi sedia bantu terbit mini siri Sumud

 


Misi solidariti Palestin bakal diperluas ke layar televisyen apabila Kementerian Komunikasi menyatakan kesediaan membantu menerbitkan mini siri berdasarkan perjuangan Sumud Flotila bagi menyampaikan mesej kemanusiaan kepada khalayak lebih luas.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya bersedia memberikan sokongan bagi merealisasikan projek yang diterajui Datuk Sani Arabi bersama pasukan Sumud Nusantara dan Global Sumud Movement.

Menurutnya, penerbitan itu merupakan inisiatif media positif untuk mengetengahkan isu kemanusiaan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perjuangan rakyat Palestin.

“Saya amat menyokong usaha Datuk Sani dan pasukan yang akan menerbitkan satu program, satu siri TV yang diberi nama Sumud Protokol.

“Kita akan bekerjasama untuk pastikan naskhah ini dapat diterjemahkan menjadi sebuah mini siri dan akan ditayangkan, insya-Allah, setelah ia siap dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Sumud Nusantara di Bangi malam tadi, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi berkata, sokongan terhadap perancangan itu turut mendapat perhatian beberapa pemimpin lain, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, Dr. Taufiq Johari dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selain membantu merealisasikan penerbitan, katanya, Kementerian Komunikasi juga bersedia menyokong usaha promosi serta memperluas perbincangan mengenai siri berkenaan menerusi platform media sosial.

Usaha itu diharap dapat membawa mesej Sumud Flotila kepada lebih ramai penonton, sekali gus memperkukuh kesedaran mengenai isu kemanusiaan dan solidariti terhadap Palestin.

Melalui pendekatan penceritaan di layar televisyen dan penyebaran kandungan digital, perjuangan solidariti Palestin berpeluang menjangkau khalayak yang lebih luas, khususnya mereka yang mungkin tidak mengikuti perkembangan misi berkenaan secara dekat.

BACA JUGA Tak perlu keluar duit, orang ramai boleh ikut kursus Google, IBM dan Meta percuma melalui Rakyat Digital





@jasonyew_ "Bagaimana anda mahu bandingkan tangisan


 

APA MOTIF MAT HASSAN? SAYA TERPAKSA CAKAPKATANYA! LEBAI PULA HANYA MENJADI JAGOH KAMPUNG!


 

PANAS! PAPAGOMO INGKAR PERINTAH MAHKAMAH: SKMM Heret Ke Prosiding Komital Hina Mahkamah!


 

@jasonyew_ Join Bukit Gelugor, Simpang Renggam, Beluran,


 

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen Perkukuh Reformasi Institusi – PM Anwar

 

IMG_8128

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia sempena Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah penting kerajaan dalam menunaikan janji mereformasi institusi kepada rakyat, termasuk mengehadkan kuasa yang selama ini berada di bawah kerajaan dan Ketua Majlis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan antara tonggak penting agenda reformasi negara yang mencerminkan kesediaan kerajaan membawa perubahan bagi memperkukuh kebebasan institusi Parlimen dan mematangkan sistem Demokrasi Berparlimen.

“Saya anggap perubahan ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana ia, saya tegaskan memaknai erti Demokrasi Berparlimen dan kematangan sistem demokrasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia sempena Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2026.

“Jadi inilah salah satu langkah penting yang saya anggap sebagai tonggak dalam reformasi negara MADANI ini iaitu melaksanakan, menunaikan janji kita kepada rakyat bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenal, diluluskan dan membatasi kuasa yang sedia ada dan lazim ada pada kerajaan dan terutamanya Ketua Majlis,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia sempena pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 di Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengimbas sejarah pentadbiran Parlimen, Anwar berkata usaha memperkukuh kebebasan institusi itu telah melalui perjalanan panjang sejak pengenalan undang-undang berkaitan pada 1960-an, sebelum dimansuhkan pada 1992.

Beliau berkata pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen mencerminkan komitmen untuk meneruskan proses pematangan Demokrasi Berparlimen, yang kejayaannya turut bergantung kepada kewibawaan kepimpinan kedua-dua Dewan serta kesediaan Ahli Parlimen menyokong pembaharuan berkenaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap kebebasan dan bidang kuasa baharu yang diberikan kepada Parlimen dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan serta profesionalisme warga institusi berkenaan, selain mempertingkatkan mutu dan adab perbahasan.

“Tentunya diharapkan dengan kebebasan dan bidang kuasa Parlimen untuk mengangkat keupayaan stafnya sendiri dan tahap profesionalismenya, kita juga mengharapkan suatu peningkatan mutu perbahasan dan juga adab dalam perbahasan sesuai dengan bidang kuasa yang baharu.

“Usaha itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkan kebebasan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan memahami batas serta tanggungjawab dalam sistem demokrasi,” katanya.

Pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi, usul yang dibentangkan Anwar berhubung pelantikan empat Ahli Parlimen bagi menganggotai Jawatankuasa Pemilih mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 diluluskan dengan lebih suara bersetuju tanpa sesi perbahasan.

Ahli Parlimen yang dilantik masing-masing dua wakil kerajaan dan pembangkang iaitu Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Dr Ronald Kiandee (PN-Wawasan-Beluran) dan Takiyuddin Hassan (PN-Pas-Kota Bharu). – Bernama






WAAD KELANTAN-‘Bencinya air Kelantan!’ – wanita sedih baju branded anak kuning kena air karat

 


Seorang penduduk di Kelantan meluahkan rasa kesal terhadap masalah bekalan air di negeri itu selepas air berwarna kuning kecoklatan yang keluar dari paip menyebabkan pakaian anaknya rosak.

Wanita dikenali sebagai idznisahira itu memuat naik keluhannya di Threads apabila mendapati air paip yang keruh menyebabkan kesan kuning pada baju berwarna cerah.

Lebih menyedihkan, baju Polo Ralph Lauren milik anaknya dan pakaian tidur bayi berwarna putih turut rosak akibat terkena air keruh berkenaan.

“Today is the worst!! Bencinya air Kelantan. Rosak habis baju. Paling sedih sebab kena dekat baju Ralph Lauren anak warna putih and sleepsuit next warna putih juga. Dua-dua rosak!!!!” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads, dengan sebahagian mereka mengkritik kerajaan negeri Kelantan kerana ketidakupayaan kerajaan negeri menangani masalah asas yang terus menjejaskan kehidupan penduduk.

Dalam isu ini, Pas tidak dapat mengelak dari turut dikritik kerana gabungan itu sudah mentadbir Kelantan sejak puluhan tahun, namun masalah air tetap berlarutan tanpa penyelesaian.

Lebih mengecewakan, biarpun isu ini sering disuarakan secara terbuka, namun tiada penyelesaian dibuat oleh kerajaan negeri sendiri.

Rakyat juga meluahkan rasa kecewa kerana setiap kali pilihan raya, penduduk di Kelantan masih lagi memberikan undi kepada Pas biarpun kemampuan pentadbiran parti itu sentiasa dikritik dan diragui.

“Tunggu nanti nak pilihan raya, keluar lah ratib PH liberal lah apa, terus undi Pas semula. Lepas tu nak hadap masalah ni berkurun. Sedihnya”.

“Buat macam pertama kali pula kena. Kalau dah setiap tahun undi orang yang sama, sepatutnya jangan merungut”.

“Teh halia ke tu? Tukar lah kerajaan tu kalau dah sampai tahap macam ini. Sampai bila ni orang Kelantan?”.





Kerajaan MADANI Selamatkan 1,726 Projek Perumahan Sakit, Terbengkalai – Kor Ming

 

IMG_8122

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika hadir pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026. Foto Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Kerajaan MADANI berjaya menyelamatkan sebanyak 1,726 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai membabitkan sebanyak 199,643 unit rumah pelbagai kategori sehingga Ogos tahun ini, setelah disemak dan diperinci sehingga bulan lalu.

Jumlah tersebut bersamaan dengan Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value – GDV) berjumlah RM158.16 bilion atau kira-kira 14 peratus daripada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ketika menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkenaan status beberapa projek perumahan sakit di ibu negara, Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 147 projek berjaya dipulihkan daripada status sakit kepada lancar, membabitkan 29,900 unit rumah dengan GDV sebanyak RM40.92 bilion.

Projek Rumah Pahang di FELDA Jengka 11 antara projek sakit dan terbengkalai ketika dipantau pada 30 Disember 2025.

Ia merupakan jumlah sebanyak 1,542 projek sakit berjaya disiapkan sepenuhnya sehingga memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), membabitkan 163,621 unit rumah dengan GDV sebanyak RM115.74 bilion.

“Bagi projek berstatus terbengkalai pula, sebanyak 37 projek berjaya dipulihkan, membabitkan 6,122 unit rumah dengan GDV berjumlah RM1.504 bilion, sama ada melalui penyiapan fizikal projek mahupun penyelesaian yang memberi manfaat kepada pembeli rumah,” katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) akan memastikan segala aspek pematuhan berkenaan projek yang disenaraikan dilaksanakan mengikut tatakelola dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.




Suspek dakwa petugas lapangan terbang disogok untuk lepaskan mereka tanpa periksa

 


Sebuah media Jepun melaporkan bahawa petugas lapangan terbang didakwa telah menerima bayaran supaya tidak memeriksa lima rakyat Malaysia yang menyeludup lima kilogram kokain bernilai RM3.1 juta.

Maklumat itu dikatakan diberitahu oleh salah seorang suspek lelaki berusia 21 tahun yang ditahan dalam kes tersebut.

Kesemua mereka ditahan ketika cuba membawa masih dadah melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Bagaimanapun memetik BH, laporan itu tidak menjelaskan lapangan terbang mana yang dimaksudkan itu atau mengemukakan pengesahan bahawa sebarang sogokan benar-benar berlaku.

“Saya diberitahu petugas lapangan terbang sudah dibayar, jadi kami tidak akan diperiksa. Sebab itu saya berasa lega,” kata suspek dalam laporan FNN, seperti dipetik BH.

Menurut laporan, lima rakyat Malaysia itu dipercayai menerima tawaran kerana menghadapi masalah kewangan sebelum cuba membawa masuk kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut.

Bagaimanapun Bukit Aman hari ini melaporkan bahawa lima rakyat Malauysia tersebut datang ke Jepun untuk melancong.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah mengenal pasti kesemua individu berkenaan termasuk seorang yang telah pulang, dengan lima daripada mereka berasal dari Sarawak serta tiada seorang pun mempunyai rekod jenayah.




TALIAN AKAN TERPUTUS LEBIH KURANG 2 JAM...PENYELENGARAAN TALIAN LETRIK.

 



AKAN DIUPDATE DALAM MASA DUA JAM. ISU MENARIK AKAN DI UPLOAD. TERIMA KASIH PENGUNJUNG YANG BUDIMAN. KITA JUMPA LAGI SELEPAS 2 JAM.




.


APA PUNYA TURRR.


 

KEH..KEH KEH....NAYA NOH...GAJI BAGAI SWMUA NAYA NAYA...MINYAK BERAPA DUIT ? MINYAK PETROL ?


 

BELANJAWAN ALTERNATIF PUN TAK BERANI KELUARKAN. INI SEMBANG BIKIN BIMBANG. MINYAK MASAK MANA ? OWHHH..ADA DAH.

 




Hebat betul Hamzah Zainudin berbahas di Parlimen semalam. Siap cerita nak besarkan ekonomi negara supaya segala hutang dapat dibayar. Bunyi macam PN dah ada formula luar biasa nak selesaikan hutang negara yang mencecah RM1.38 trilion.



Tapi pelik juga. Kalau dah yakin sangat boleh selesaikan masalah hutang negara, mana Belanjawan Alternatif PN yang lengkap dengan segala kira-kiranya?


Yang menariknya, Hamzah sendiri dalam ucapan semalam kata tugas menyusun dan menyediakan belanjawan ialah tugas kerajaan. Pembangkang pula cukup sekadar bertanya soalan, memberi pandangan dan cadangan.


Eh, senangnya kerja!


PMX bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion, lengkap dengan peruntukan, sumber hasil dan sasaran defisit fiskal 3.3%. Pembangkang pula berbahas panjang, tetapi belum mengemukakan belanjawan alternatif lengkap untuk rakyat menilai sama ada rancangan mereka benar-benar lebih baik.


Bukan tak boleh kritik. Kritiklah sampai pagi. Tapi kalau nak yakinkan rakyat bahawa PN lebih bijak mengurus ekonomi, tunjukkanlah pelan kewangan yang boleh diuji dengan angka.


Nak bayar segala hutang negara bukan kerja kecil. Kena jelaskan dari mana hasil nak datang, perbelanjaan mana nak dipotong dan berapa lama hutang boleh dikurangkan.


Jangan sampai bercakap macam dah ada formula nak selesaikan hutang bertrilion ringgit, tapi nak bentang satu belanjawan alternatif yang lengkap pun masih belum nampak bayangnya.


#AhmadMursi





KENA LANGGAH AIR KAKI HADI LA...BENAK SANGAT NAK PAHAM.





 Ambil contoh paling mudah. Anak Najib, Nooryana Najwa, berkahwin dengan lelaki Kazakh dari Kazakhstan yang beragama Islam. Kalau anak mereka didaftarkan mengikut keturunan ibunya, bolehlah daftar Melayu. Tapi suaminya tetap berketurunan Kazakh. Apa yang susah sangat nak faham?



Itulah sebenarnya yang dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.


Kalau orang Melayu berkahwin dengan warga asing beragama Islam, anak hasil perkahwinan sah boleh didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa. Nak ikut keturunan Melayu boleh, nak ikut keturunan pasangan asing pun boleh.


Tapi jangan pula ingat pasangan warga asing itu automatik jadi Melayu selepas kahwin. Keturunan asalnya tetap kekal. Begitu juga status Bumiputera, bukan automatik dapat hanya kerana berkahwin dengan orang Melayu.


Masalahnya, apabila tajuk berita hanya menonjolkan sebahagian daripada penjelasan itu, ramai yang membaca sepintas lalu boleh mendapat gambaran berbeza.


Akhirnya kecoh satu negara, seolah-olah kerajaan baru sahaja memperkenalkan peraturan yang membolehkan warga asing bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin.


Sedangkan perkara yang dijelaskan Saifuddin ialah tentang pendaftaran keturunan anak, bukannya menukar keturunan pasangan warga asing.


Lain kali baca sampai habis. Jangan baru tengok tajuk, terus melenting. Yang kahwin orang lain, yang pening satu Malaysia.


#ahmadmursi





30 TAHUNG NOHHH.

 





30 tahun!

30 TAHUN!! 

 30 TAHUN!!! 


#HazeBudget

#UNSclear

#Buts




DIA NI PUN ADA KES JUGA...LEPAS TANPA BEBAS.




Jamzuri Ardani


 AJK PAS Pusat boleh pulak tulis macam ni. Korang rasa layak lagi ke orang mcm ni jadi MP? 


Bajet pun dia tak paham, buat apa lagi dok kat parlimen? Pegi pencen laa lagi bagus. Ramai lagi kat Arau tu yg lebih cerdik dari dia.






TERBAIK. RAMAI PUJI JEP.

 







Bukan calang-calang pembuktian apabila insan seni popular tanah air ini memilih untuk berdiam diri daripada terus bertekak di media sosial.

Sebaliknya, dia tampil membentangkan fakta jelas menerusi resit rasmi pembayarannya sejak sepuluh tahun yang lalu.


Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepahtu, mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan rekod pembayarannya dari tahun 2016 hingga 2025. Angka keseluruhan yang mencecah kira-kira RM1.935 juta itu membuktikan komitmen tingginya dalam melunaskan kewajipan agama.


Langkah berani ini dibuat selepas timbul beberapa isu berkaitan persahabatan dan bayaran sebelum ini.

Tindakan telus ini terus mendapat perhatian khusus serta pujian daripada pihak kepimpinan agama negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyifatkan Jep berani menjaga ketelusan dan integriti. Malah beliau turut menggelar pelawak itu sebagai wira serta inspirasi kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.


Menjelaskan punca di sebalik perkongsian tersebut, Jep menegaskan bahawa tindakan itu jauh sekali daripada niat untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Dia cuma mahu membuktikan bahawa dirinya tidak pernah mengambil hak orang lain.


Dalam nada terus terang, dia menyentuh fenomena perkongsian di alam maya yang kini banyak beragah cakap kosong semata-mata. Bagi Jep, kalau sekadar bersembang semua orang boleh buat, lagi-lagi di zaman podcast yang hanya bermodalkan air liur sahaja.


Dia turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Astro atas rezeki yang diterima sepanjang 2015 hingga 2025. Rezeki menerusi program popular Sepahtu Reunion dan stesen radio Sinar itu menjadi punca utama komitmen zakatnya dapat dilaksanakan.


Dr Zulkifli menegaskan bahawa zakat bukan sekadar menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hidup golongan memerlukan.

Keterbukaan figura awam seperti Jep ini wajar dijadikan contoh terbaik supaya lebih ramai sedar akan tanggungjawab berzakat.






KEH KEH KEH....


Sam Lim


 Setelah penukaran kerajaan,segala yang baik kita akan musnahkan..


Jin ape dok dalam badan ko ni hanats.. 😈






NAK MUSNAHKAN YANG BAIK ?

 


Semalam dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Parlimen, Hamzah Zainudin keluarkan satu ayat yang agak luar biasa.





“Segala yang baik akan kita ambil dan akan kita musnahkan segala-galanya.”


Begitulah petikan ucapan Ketua Pembangkang yang kini tular. Mula-mula nak ambil yang baik, kemudian nak musnahkan segala-galanya pula. Macam ada sesuatu yang tak kena.


Mungkin Hamzah tersasul. Mungkin juga maksud sebenar beliau lain. Tapi apabila seorang Ketua Pembangkang bercakap tentang rancangan mengambil alih kerajaan, tentulah rakyat berhak bertanya apa sebenarnya yang mahu dimusnahkan.


Sekarang kerajaan PMX sedang melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif, daripada bantuan rakyat, reformasi pentadbiran hinggalah usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekonomi negara.


Kalau berlaku pertukaran kerajaan, apakah semua dasar ini akan diteruskan, diperbaiki atau dibatalkan?


Dalam politik, kerajaan boleh bertukar. Dasar pun boleh berubah. Tetapi sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat tak sepatutnya dihapuskan semata-mata kerana ia diperkenalkan oleh kerajaan sebelumnya.


Hamzah mungkin perlu jelaskan semula maksud ucapan beliau.


Sebab rakyat bukan nak tengok siapa paling hebat meruntuhkan apa yang orang lain bina.


Rakyat nak tahu siapa yang mampu membina sesuatu yang lebih baik.


#AhmadMursi




JAHAT DARI MUDA SAMPAI TUA

 

Hazimy Al Jauhari





Saya lihat Hamzah ni jenis orang yang nak main politik semata-mata, tidaklah dia mahu berjuang dengan murni nawaitu dijiwa. 


Krisis dia dengan Muhyiddin pun soal kejar kuasa semata-mata, hingga hancur PN jadinya disebabkan Hamzah gopoh nak naik.


Sudahnya Hamzah buka parti baru dan angkat diri sendiri jadi presiden. 


Hidup didunia ini, mabuk itu ada bermacam-macam jenis.


Orang yang mabuk kejar kuasa tidak layak memimpin masyarakat dan negara.


Manusia haprak hampas hancur hampeh 


Si MATA LALAT LANGAU LAHABAU HAWAU




BILA MELAYU DAPAT LESEN.






 

KOMEN BUKAN SAHAJA DARI PENYOKONG PH.TAPI RAMAI YANG MELIHAT MEMANG HADI AWANG CULAS DALAM TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MP

 





TUDUH PRESIDEN PAS ‘MAKAN GAJI BUTA’, HINA KEUZURAN, USIA


KOMEN PENYOKONG PH JAHIL, TIDAK ADIL, MELAMPAUI BATAS ADAB DAN KRITIKAN POLITIK


Oleh: Dr Khalid Hamka

Penganalisis Politik


1. POLITIK TANPA ADAB: APABILA HUJAH DIGANTIKAN DENGAN PENGHINAAN


Komen akaun Threads @the_fiyy4, yang menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, mencetuskan persoalan tentang adab berpolitik apabila Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, diserang dengan ungkapan “dah tua nak mampos”, “makan gaji buta” dan tuduhan rasuah.


Mengkritik rekod kehadiran Ahli Parlimen merupakan hak rakyat. Tetapi menghina usia, memperlekeh keuzuran dan membuat tuduhan jenayah tanpa bukti bukan hujah politik yang berwibawa. Ia memperlihatkan kegagalan membezakan antara kritikan dengan serangan peribadi.


2. PALING PENTING, FAHAMI PERBEZAAN GAJI DAN ELAUN KEHADIRAN PARLIMEN


AHLI PARLIMEN YANG TIDAK HADIR SIDANG PARLIMEN TIDAK LAYAK MENERIMA ELAUN KEHADIRAN RM400 BAGI HARI YANG TIDAK DIHADIRI. ELAUN INI TIDAK SAMA DENGAN SARAAN TETAP ATAU GAJI AHLI PARLIMEN.


Saraan asas Ahli Dewan Rakyat ialah RM16,000 sebulan dan tidak dipotong secara automatik hanya kerana ketidakhadiran persidangan.


MAKA, ATAS ASAS APA KETIDAKHADIRAN SEMATA-MATA DIJADIKAN BUKTI SESEORANG MAKAN GAJI BUTA?


3. REKOD 11 AHLI PARLIMEN: LIMA BN, EMPAT PH, SATU PN DAN SATU GPS


Berdasarkan angka MyPoliticians yang dipetik dalam perbincangan terdahulu bagi tempoh 19 Disember 2022 hingga 3 Mac 2026, berikut ialah senarai 11 Ahli Parlimen yang dilaporkan mempunyai kehadiran bawah 50%.


Bil. Ahli Parlimen| Parti / Gabungan| Kehadiran

1. Ahmad Zahid Hamidi| UMNO / BN| 19%

2. Abdul Hadi Awang| PAS / PN| 24%

3. Hishammuddin Hussein| UMNO / BN*| 33%

4. Chow Kon Yeow| DAP / PH| 35%

5. Amirudin Shari| PKR / PH| 40%

6. Mohamed Khaled Nordin| UMNO / BN| 40%

7. Aminuddin Harun| PKR / PH| 40%

8.Tiong King Sing| PDP / GPS| 42%

9. Shahelmey Yahya| UMNO / BN*| 43%

10. Mohamad Hasan| UMNO / BN| 46%

11. Nga Kor Ming| DAP / PH| 47%


*Pengelasan BN bagi Hishammuddin Hussein dan Shahelmey Yahya merujuk tiket pilihan raya asal. Kedua-duanya pernah digantung keahlian UMNO. Angka kehadiran merupakan data terdahulu yang memerlukan pengesahan semula dengan sumber asal.


4. EMPAT AHLI PARLIMEN PH SENDIRI MENCATATKAN KEHADIRAN BAWAH 50%


Empat nama PH dalam senarai tersebut ialah Chow Kon Yeow (DAP) 35%, Amirudin Shari (PKR) 40%, Aminuddin Harun (PKR) 40% dan Nga Kor Ming (DAP) 47%.


DUA DAP DAN DUA PKR. KEEMPAT-EMPATNYA MEMPUNYAI REKOD KEHADIRAN BAWAH 50% DALAM DATA TERSEBUT.


Angka ini menimbulkan persoalan yang wajar dijawab: apakah sebab ketidakhadiran mereka? Berapa banyak ketidakhadiran melibatkan urusan rasmi atau tanggungjawab pentadbiran negeri? Penilaian yang adil memerlukan jawapan tersebut sebelum sebarang kesimpulan dibuat.


5. AHMAD ZAHID 19%, ABDUL HADI 24%: MENGAPA PERLU ADA DUA UKURAN?


Dalam data yang sama, Ahmad Zahid Hamidi mencatatkan kehadiran 19%, lebih rendah daripada Abdul Hadi Awang yang mencatatkan 24%.


Ahmad Zahid mempunyai tugas eksekutif sebagai Timbalan Perdana Menteri. Abdul Hadi pula dikaitkan oleh penyokongnya dengan faktor keuzuran.


Jika komitmen pentadbiran dianggap relevan untuk menjelaskan ketidakhadiran seorang pemimpin, maka masalah kesihatan yang disahkan juga wajar diberikan pertimbangan. Ukuran akauntabiliti mesti konsisten tanpa mengira parti.


6. KEUZURAN BUKAN KEMALASAN, USIA LANJUT BUKAN KESALAHAN


Tan Sri Abdul Hadi Awang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam politik dan Parlimen. Faktor keuzuran yang dibangkitkan penyokong beliau perlu dinilai berdasarkan maklumat rasmi, bukannya dijadikan bahan ejekan.


Ungkapan menghina usia seperti yang terpapar dalam komen @the_fiyy4 tidak menjawab satu pun persoalan tentang prestasi wakil rakyat. Sejak bila menghina orang tua dianggap hujah politik?


7. KHIDMAT KEPADA RAKYAT MARANG JUGA SEBAHAGIAN DARIPADA TANGGUNGJAWAB


Ahli Parlimen bukan hanya bertugas ketika Dewan Rakyat bersidang. Mereka juga mempunyai tanggungjawab mengurus aduan, kebajikan penduduk, pusat khidmat dan kepentingan kawasan.


Prestasi perkhidmatan Parlimen Marang perlu dinilai bersama rekod kehadiran, penyertaan perbahasan dan pengundian. Kehadiran ialah satu ukuran, bukan keseluruhan ukuran prestasi.


8. MP PH TIDAK HADIR KETIKA PMX MENJAWAB SOALAN: BUKANKAH ITU JUGA PERSOALAN PENGHORMATAN?


Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) ialah sesi penting apabila Perdana Menteri hadir menjawab persoalan di Dewan Rakyat.


JIKA AHLI PARLIMEN PH ATAU MENTERI SENDIRI TIDAK HADIR TANPA ALASAN MUNASABAH, BUKANKAH TINDAKAN ITU BOLEH DIPERSOALKAN SEBAGAI KURANGNYA PENGHORMATAN TERHADAP PMX DAN INSTITUSI PARLIMEN?


Persoalan ini wajar dijawab melalui rekod kehadiran PMQT bagi tarikh berkenaan. Jangan hanya mempertikaikan kehadiran pemimpin pembangkang, sedangkan komitmen wakil kerajaan sendiri juga perlu diperiksa.


9. TUDUHAN RASUAH TANPA BUKTI DAN PENGHINAAN BERCANGGAH DENGAN ADAB ISLAM


Komen yang dipaparkan turut mengaitkan Presiden PAS dengan rasuah tanpa menyertakan bukti. Tuduhan sedemikian memerlukan asas yang boleh diperiksa.


Surah al-Hujurat ayat 6 menuntut tabayyun, manakala ayat 11 melarang perbuatan memperolok dan mencela. Hadis riwayat Muslim no. 2589 pula menjelaskan bahawa tuduhan yang tidak benar merupakan buhtan.


KRITIKAN BERFAKTA DIBENARKAN. TUDUHAN PALSU DAN PENGHINAAN TIDAK MENJADI BENAR HANYA KERANA BERBEZA FAHAMAN POLITIK.


10. KESIMPULAN: JANGAN KELIRUKAN KETIDAKHADIRAN DENGAN MAKAN GAJI BUTA


Peraturan rasmi membezakan saraan bulanan RM16,000 daripada elaun kehadiran RM400 sehari. Kedua-duanya mempunyai asas pembayaran yang berbeza. 


Rekod kehadiran rendah juga melibatkan pelbagai gabungan politik. Oleh itu, setiap Ahli Parlimen perlu dinilai melalui sebab ketidakhadiran, kebenaran Dewan, tanggungjawab perundangan dan khidmat kepada rakyat.


KETIDAKHADIRAN BUKAN BUKTI MAKAN GAJI BUTA. 

PERBEZAAN POLITIK BUKAN LESEN MENGHINA.


https://www.kedahonline.com/2026/10/tuduh-presiden-pas-makan-gaji-buta-hina.html?m=1