Wan Ahmad Faris: Keluarga mahu saman sekolah, YIK, Kerajaan Kelantan
Wan Ahmad Faris: Keluarga mahu saman sekolah, YIK, Kerajaan Kelantan
Mengakhiri jadual pada hari ini, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun meluangkan masa santuni masyarakat India dalam satu sesi ramah mesra yang berlangsung di Taman Sengkang.
Sesi ini bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi ruang untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan dan aspirasi masyarakat setempat.
#PHsatuPD
#TokMinJagaNS
#KekalHARAPAN
#BersihMuafakatSejahtera
Seriuslah, habis PRN Johor, YB terus tengok Kedah balik ? 😅
Sebenarnya selain dari model seperti JS-SEZ antara Johor dan Singapura, Kerajaan juga mula fokus kepada pembangunan ekonomi di sempadan Thailand ‼️
Sebab itu beberapa bulan lepas saya beriya-iya turun ke Kedah sentuh soal keperluan asas macam air 🤦🏻♂️
Infrastruktur seperti ini dan termasuk jalan, pelabuhan, rel dan banyak lagi mesti berfungsi sebagai enabler ekonomi, bukan sekadar projek pembangunan semata-mata.
Termasuk di negeri Perlis, Perak dan Kelantan.
Kerajaan boleh rancang macam-macam penyelarasan projek pembangunan rentas sempadan dan memperkukuh integrasi ekonomi Malaysia–Thailand, tapi sejauh mana persiapan dan kesediaan kita ?
Saya nak sambung esok 😁
Jika situasi ini berterusan, Ustaz dengan berat hati akan deactivekan akaun Ustaz kerana tujuan Ustaz hanyalah untuk berjuang demi syiar Islam dan membantu PAS, tidak ada niat apa apa, semua kerana Allah belaka.
Tetapi semakin lama, Ustaz terus diuji dgn pelbagai private messenger yang mendakwa peminat Ustaz..adakah ni scammer atau benar benar ujian Allah yang mahu menguji hambaNya..?? -
Jika benar meminati Ustaz sekali pun, tak perlu hantar gambar, dibimbangi nanti, Syaitan dan Iblis akan melalaikan kita Ustaz Mat Idris Al Saguni
Iran dilaporkan membangunkan generasi baharu dron serangan yang menggunakan enjin turbojet mikro, berbeza dengan dron kamikaze terdahulu seperti Shahed-136 yang menggunakan enjin kipas (propeller) dan terkenal dengan bunyi seperti mesin rumput.
Antara dron terbaru Iran yang menggunakan teknologi ini ialah Shahed-238, termasuk varian yang sering disebut sebagai Hadid-110.
Spesifikasi Shahed-238:
🔹 Jenis enjin: Turbojet mikro
🔹 Kelajuan: Anggaran sehingga 500 km/j
🔹 Jarak operasi: Sekitar 1,000 km
🔹 Sistem panduan: Menggunakan sistem pencarian optik/inframerah serta teknologi navigasi yang direka untuk meningkatkan ketahanan terhadap gangguan elektronik
🔹 Sistem anti-jamming: Dilengkapi sistem antena seperti Kometa-M yang bertujuan mengurangkan kesan gangguan isyarat
🔹 Muatan bahan letupan: Dianggarkan sekitar 40–50 kg
Dengan kelajuan yang lebih tinggi berbanding dron kamikaze konvensional, dron jenis ini memberikan masa tindak balas yang lebih singkat kepada sistem pertahanan udara untuk mengesan, mengesan sasaran dan melakukan pemintasan.
Kelajuan tinggi juga menjadikan operasi pemintasan lebih mencabar, terutama jika menggunakan sistem pertahanan yang memerlukan masa untuk pengesanan dan penguncian sasaran.
Namun, keberkesanan sebenar dalam medan tempur bergantung kepada faktor seperti sistem radar, peperangan elektronik, pertahanan udara berlapis dan keadaan operasi.
Menurut laporan yang tersebar, dron generasi baharu ini mula digunakan dalam operasi tempur sejak kebelakangan ini, tetapi tahap penggunaan secara besar-besaran masih memerlukan pengesahan daripada sumber rasmi.
#Iran #Shahed238 #Hadid110 #Drone #UAV #TeknologiKetenteraan #PeperanganModen #PertahananUdara #MilitaryTechnology
Mazlan Mohamad
Semalam Arab Saudi serang Lapangan Terbang Antarabangsa Sana"a, Yaman bagi halang sebuah pesawat dari Iran dari mendarat di wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pejuang Houthi.
Kerajaan Houthi yang pro-Arab Saudi cuba 'cover up' pembabitan Arab Saudi dengan mengaku mereka yang serangnya.
Ia diserang kerana Arab Saudi khuatir pesawat itu bawa penasihat tentera dan peralatan senjata dari Iran untuk dibekalkan kepada pihak Houthi yang bermusuh dengan Arab Saudi.
Pesawat Iran tersebut dilaporkan terpaksa tukar haluan dan mendarat di Lapangan Terbang Hodeidah.
Pihak Houthi telah tegaskan akan lancar serangan balas dendam terhadap Arab Saudi dengan keluarkan kenyataan ;
"Ini satu jenayah serangan yang zalim dan terang-terangan.
Saudi telah bertindak sasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dengan beberapa serbuan udara.
Kami tegaskan bahawa serangan Saudi ini tidak akan berlalu tanpa tindak balas dan hukuman."
Kenapa tindakan Putera Salman ini tidak cerdik?
Pertama, pihak Houthi disokong oleh Iran.
Kedua, dipercayai pihak Houthi sendiri sedang pertingkatkan persenjataannya termasuk peluru berpandu dengan bantuan Iran.
Jadi bila Houthi balas serangan Arab Saudi nanti, Iran pasti bantu dan ini berpotensi semarakkan lagi api peperangan di rantau itu.
Dan perlu diingat, Arab Saudi pernah berpakat dengan US dan serang Houthi untuk lumpuhkannya tapi gagal.
Dua negara yang tenteranya jauh lagi hebat tapi tak mampu tewaskan kumpulan pejuang yang miskin.
Terima Kasih PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tahniah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Selama ini KKM terpaksa melalui birokrasi yang panjang untuk urusan perjawatan. Kini, bermula 9 Julai 2026, KKM diberi autonomi mengurus sendiri perjawatan. Inilah maksud reformasi sebenar – kuasa membuat keputusan diletakkan kepada kementerian yang lebih memahami keperluan di lapangan.
Hasilnya?
✅ 4,500 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap tahun ini.
✅ Lebih 18,500 doktor telah dilantik tetap sejak 2023.
✅ Pengisian doktor di hospital dapat dibuat dengan lebih pantas.
✅ Doktor yang berpindah kini dijamin menerima elaun perpindahan mengikut kelayakan, tidak lagi menanggung kos sendiri seperti dahulu.
Bukan sekadar slogan, tetapi perubahan dasar yang memberi manfaat terus kepada doktor dan akhirnya kepada rakyat. Bila kebajikan petugas kesihatan dijaga, perkhidmatan kepada pesakit juga akan menjadi lebih cekap dan berkualiti.
Inilah reformasi yang sebenar. Kerajaan MADANI bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi melaksanakannya satu demi satu.
PMX memimpin reformasi, Menteri Kesihatan melaksanakannya. Rakyat menikmati hasilnya.
#pokwiejebond
Pemeriksaan mengejut bermula kira-kira 12 tengah hari itu menyasarkan lot kedai serta pelbagai premis perniagaan dan hostel, yang dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan utama penempatan serta aktiviti ekonomi komuniti warga asing di daerah Klang.


KLANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 1,000 warga asing menerusi Ops Mega di sekitar kawasan Hentian Klang hari ini dalam usaha membanteras kehadiran pendatang tanpa izin.
Pemeriksaan mengejut bermula kira-kira 12 tengah hari itu menyasarkan lot kedai serta pelbagai premis perniagaan dan hostel, yang dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan utama penempatan serta aktiviti ekonomi komuniti warga asing di daerah Klang.
Tinjauan Bernama mendapati pasukan penguat kuasa meneliti status dokumen perjalanan setiap individu yang ditahan bagi memastikan tiada pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk kesalahan tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen sah.
Difahamkan, JIM memberikan fokus penuh dalam proses saringan itu untuk mengenal pasti sebarang penglibatan pihak luar atau majikan yang melindungi pendatang tanpa izin, antaranya warga Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Indonesia.
Operasi bersepadu itu turut membongkar kegiatan menyalahi undang-undang di premis terlibat apabila pihak berkuasa menemukan bukti aktiviti tidak bermoral serta penjualan barangan terlarang di beberapa unit penginapan sementara berkenaan.
Tindakan proaktif berskala besar itu dijayakan menerusi penglibatan 250 pegawai serta anggota penguat kuasa hasil kerjasama strategik antara JIM Putrajaya, JIM Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk siasatan lanjut dan perincian lengkap akan didedahkan dalam sidang media oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban di Putrajaya, esok.

Siasatan dijalankan serta-merta oleh Bahagian Integriti AKPS KLIA sebaik sahaja pihaknya mengambil maklum hantaran tular dalam platform Threads pada Sabtu lalu.
SEPANG, 13 Jul – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) membuka siasatan dalaman ke atas dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa oleh seorang pegawai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Komander Pintu Masuk AKPS KLIA, Safrie Zakaria, berkata siasatan dijalankan serta-merta oleh Bahagian Integriti AKPS KLIA sebaik sahaja pihaknya mengambil maklum hantaran tular dalam platform Threads pada Sabtu lalu.
Hantaran itu mendakwa pegawai terbabit menerima RM100 melalui pembayaran kod QR ke akaun perbankan peribadi.
“Pegawai yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut telah dipanggil pihak pengurusan tertinggi AKPS KLIA untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, AKPS KLIA telah menghubungi pemilik akaun Threads itu kira-kira 11 pagi semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden yang didakwa berlaku, namun sehingga 4 petang tadi, tiada maklum balas diterima daripada pemilik akaun berkenaan.
Tegasnya, AKPS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota melanggar prinsip integriti, menyalahgunakan kuasa atau ingkar prosedur operasi standard.
“Sekiranya hasil siasatan membuktikan wujud sebarang salah laku, tindakan tatatertib dan undang-undang yang tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi.”
Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam bagi bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura pada 13 Julai 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 13 Jul – Pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat untuk memperkukuhkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi saling menguntungkan Malaysia serta Singapura, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua negara turut menyambut baik kemajuan pelaksanaan JS-SEZ, katanya sambil menambah perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

Anwar berkata, mereka turut bertukar pandangan mengenai hubungan Malaysia-Singapura, perkembangan serantau serta pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama, selain menyentuh perkembangan positif dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara tertangguh.
“Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk terus menyelesaikan apa jua isu yang masih berbangkit melalui rundingan konstruktif, berlandaskan semangat saling menghormati dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama.

“Semoga hubungan Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Pertemuan kira-kira 40 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara sempena lawatan negara tiga hari Tharman ke Malaysia.


Trump berkata, AS akan menyediakan perlindungan keselamatan di laluan perairan itu dan mendapatkan bayaran balik daripada pengendali kargo.
HAMILTON, 13 Jul – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin mengumumkan Washington akan menguatkuasakan semula apa yang disifatkannya sebagai “sekatan ke atas Iran” selain mencadangkan caj sebanyak 20 peratus dikenakan ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz.
Ia sebagai balasan kepada perlindungan keselamatan yang diberikan AS di laluan perairan strategik itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Selat Hormuz DIBUKA dan akan terus DIBUKA, sama ada dengan atau tanpa Iran,” kata Trump di platform Truth Social.
“Kami menguatkuasakan semula SEKATAN KE ATAS IRAN, yang dinamakan sedemikian kerana ia hanya menghalang kapal Iran atau pelanggan Iran daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu. Semua negara lain akan terus menikmati penggunaan Selat Hormuz secara bebas dan terbuka.”
Trump berkata, AS akan menyediakan perlindungan keselamatan di laluan perairan itu dan mendapatkan bayaran balik daripada pengendali kargo.
“Mulai saat ini, AS akan dikenali sebagai ‘PENJAGA SELAT HORMUZ.’ Namun, demi keadilan, AS akan dibayar balik pada kadar 20 peratus ke atas semua kargo yang dihantar bagi menampung semua kos yang diperlukan untuk menyediakan keselamatan di kawasan dunia yang amat tidak menentu ini.”
Beliau berkata pelaksanaan langkah itu akan bermula serta-merta.
Oleh DR AZRIE AZEH
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 melakar satu lagi episod penting dalam landskap politik Malaysia apabila Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan sangat besar dengan menguasai 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi lapan kerusi.
Keputusan ini bukan sekadar menggambarkan kejayaan sebuah gabungan politik, malah memberikan isyarat jelas bahawa corak pemikiran pengundi Malaysia semakin berubah.\\\
Dalam demokrasi yang semakin matang, rakyat tidak lagi menilai parti politik semata-mata berdasarkan sejarah perjuangan, identiti kepartian atau retorik kempen.
Sebaliknya, mereka semakin mengutamakan prestasi pentadbiran, kestabilan politik serta keupayaan kerajaan menyelesaikan masalah yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian.
Johor mempunyai kedudukan yang cukup signifikan dalam politik negara sebagai negeri perindustrian utama, pintu masuk ekonomi ke Singapura serta antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perubahan sentimen politik di Johor sering dianggap sebagai petunjuk awal terhadap arah aliran politik nasional.
Situasi ini bermaksud, kemenangan besar BN memperlihatkan pengukuhan semula pengaruh gabungan tersebut selepas berdepan pelbagai cabaran sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Kejayaan menguasai sebahagian besar kerusi DUN membuktikan bahawa kekuatan organisasi Umno, jaringan akar umbi dan hubungan berterusan dengan masyarakat masih menjadi kelebihan kompetitif yang sukar digugat.
Dalam teori organisasi politik, kekuatan sesebuah parti bukan hanya diukur melalui populariti pemimpin.
Malah, ia juga melibatkan keupayaan membina struktur akar umbi yang aktif, memahami isu setempat dan menawarkan penyelesaian yang dekat dengan keperluan rakyat.
Faktor inilah yang dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada kejayaan BN di Johor.
Selain itu, faktor kestabilan politik terus menjadi pertimbangan utama pengundi selepas beberapa tahun negara melalui episod pertukaran kerajaan dan ketidaktentuan politik.
Sebahagian besar rakyat dilihat lebih cenderung memilih gabungan yang diyakini mampu menjamin kesinambungan pentadbiran.
Dalam konteks ekonomi semasa, kestabilan bukan lagi sekadar slogan politik, tetapi prasyarat kepada kemasukan pelaburan, penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
Keputusan ini juga boleh dijelaskan melalui konsep politik berasaskan prestasi.
Dalam teori yang dikemukakan oleh ahli sains politik Morris Fiorina, pengundi lazimnya membuat penilaian terhadap kerajaan berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan, bukannya semata-mata janji masa hadapan.
Dalam konteks ini, keputusan pilihan raya merupakan bentuk penilaian demokratik terhadap keberkesanan pentadbiran yang sedang memerintah.
Namun demikian, kemenangan besar BN tidak boleh dianggap sebagai lesen politik tanpa had. Mandat besar sentiasa datang bersama tanggungjawab yang lebih besar.
Rakyat kini meletakkan harapan tinggi agar kerajaan negeri mampu menterjemahkan kemenangan tersebut kepada pembangunan yang lebih inklusif, tadbir urus yang telus, peningkatan daya saing ekonomi dan kesejahteraan sosial yang dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
Bagi PH pula, keputusan memenangi hanya lapan kerusi wajar dijadikan titik muhasabah yang mendalam.
Dalam demokrasi moden, kekalahan pilihan raya bukan semestinya bermaksud rakyat menolak keseluruhan perjuangan sesebuah parti, tetapi sering kali mencerminkan jurang antara harapan rakyat dengan prestasi yang mereka rasai.
PH perlu menerima hakikat bahawa landskap politik Malaysia telah berubah. Pengundi hari ini semakin pragmatik, kritikal dan berorientasikan hasil.
Mereka tidak lagi mudah diyakinkan melalui naratif perubahan semata-mata, sebaliknya menilai keberkesanan dasar melalui pengalaman hidup mereka sendiri.
Isu kos sara hidup, harga barang, peluang pekerjaan, pendapatan isi rumah, perumahan mampu milik dan kualiti perkhidmatan awam kekal menjadi ukuran utama rakyat.
Teori economic voting menjelaskan bahawa keadaan ekonomi yang dirasai secara langsung oleh isi rumah mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku pengundi.
Dalam keadaan rakyat masih berdepan tekanan kos kehidupan, pencapaian dasar yang tidak diterjemahkan kepada manfaat yang rakyat perolehi sukar membina keyakinan politik.
Selain faktor ekonomi, PH juga perlu menilai semula pendekatan komunikasinya.
Banyak dasar Kerajaan MADANI mempunyai matlamat yang baik, namun manfaatnya tidak sentiasa difahami oleh masyarakat.
Dalam era media sosial, persepsi sering bergerak lebih pantas daripada penjelasan rasmi kerajaan.
Justeru, komunikasi politik tidak boleh bergantung kepada kenyataan media atau sidang akhbar semata-mata.
Sebaliknya, ia perlu disampaikan dalam bahasa yang lebih mudah difahami serta menunjukkan impak dasar terhadap kehidupan rakyat secara jelas.
PH juga perlu memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat akar umbi.
Politik moden tidak boleh lagi bersifat bermusim atau hanya aktif ketika pilihan raya.
Kajian tingkah laku pengundi menunjukkan bahawa kehadiran pemimpin secara konsisten dalam menyelesaikan masalah komuniti lebih berkesan dalam membina kepercayaan berbanding kempen yang bersifat sementara.
Hubungan yang berterusan dengan rakyat akan meningkatkan kredibiliti dan membina keyakinan terhadap parti.
Dalam masa yang sama, PH perlu mengamalkan budaya muhasabah yang lebih terbuka.
Analisis pasca pilihan raya hendaklah berasaskan data, penyelidikan lapangan dan kajian saintifik mengenai tingkah laku pengundi, bukannya andaian politik atau mencari pihak yang dipersalahkan.
Budaya membuat keputusan berasaskan bukti (evidence-based politics) akan membantu parti merangka strategi yang lebih berkesan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Sebagai sebahagian daripada Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan, PH juga perlu memperkukuhkan kesepaduan dalam kalangan parti komponen.
Perbezaan pandangan dalam kerajaan gabungan adalah lumrah dalam sistem demokrasi, namun ia perlu diurus secara profesional agar tidak menimbulkan persepsi bahawa kerajaan gagal mencapai kesepakatan dalam melaksanakan dasar-dasar utama negara.
Walau bagaimanapun, kemenangan besar BN di Johor juga tidak boleh ditafsirkan sebagai jaminan mutlak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.
Politik Malaysia bersifat dinamik dan sokongan rakyat sentiasa berubah mengikut prestasi semasa. Sejarah politik negara membuktikan bahawa mana-mana parti yang gagal memenuhi harapan rakyat akhirnya akan menerima penilaian semula daripada pengundi.
Kesimpulannya, PRN Johor 2026 memperlihatkan kematangan demokrasi Malaysia yang semakin berpaksikan prestasi, keberkesanan dasar dan kestabilan pentadbiran.
Kemenangan besar BN merupakan manifestasi keyakinan pengundi pada ketika ini, manakala keputusan PH menjadi peringatan bahawa kepercayaan rakyat perlu dipupuk melalui tindakan yang konsisten, dasar yang berkesan serta komunikasi yang lebih dekat dengan masyarakat.
Bagi Kerajaan MADANI dan PH, keputusan ini wajar dijadikan ruang muhasabah yang konstruktif, bukan sekadar penilaian politik jangka pendek.
Dalam demokrasi yang matang, kekalahan bukan penghujung perjuangan, tetapi peluang untuk memperbaiki kelemahan, memperkukuhkan organisasi dan membina semula keyakinan rakyat.
Akhirnya, dalam politik moden, mandat rakyat bukan sekadar memberikan kuasa untuk mentadbir, tetapi amanah besar yang perlu dibuktikan melalui integriti, kecekapan dan kemampuan menghasilkan dasar yang benar-benar meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Itulah ukuran sebenar legitimasi politik dalam sebuah demokrasi yang matang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kata-kata pemimpin Pas tidak boleh dipegang berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bulan depan.
Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai rundingan kerusi sebagaimana didakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Kita jangan pegang sangat… sebab mereka (Pas) boleh berubah, sudah banyak kali dan banyak parti sudah kena dengan mereka ini,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian pada Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills, di ibu negara hari ini.
Menurutnya, Umno tiada sebarang perjanjian dengan Pas berkait PRN Negeri Sembilan kali ini, kecuali persefahaman sesama parti sahaja.
Zahid turut mengesahkan Umno tidak pernah memuktamadkan perbincangan dengan Pas, termasuk mengenai kerusi bakal ditandingi pada PRN berkenaan.
Sebelum ini, Hadi berkata, Pas bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan dari Umno jika kerjasama antara kedua-dua parti itu dapat dimuktamadkan.
Hadi dilapor berkata, rundingan antara Pas dan Umno berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang akan ditandingi sedang berlangsung dan disifatkan sebagai sangat positif.
Mengulas lanjut, Zahid menegaskan bahawa tidak semua perkara dinyatakan Pas perlu diterima atau dianggap sebagai kenyataan yang tepat.
“Memang kita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS. Jika ada perbincangan pun, sekadar understanding atau persefahaman dan kita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu.
“Jika kita melihat perkembangan di Johor, apa yang dinyatakan mereka itu berbeza dengan realiti sebelum hari pengundian, terutama pada hari penamaan calon… apalagi hari pengundian.
“Jadi, janganlah positif sangat dengan mereka ini tetapi kita cuma boleh bersangka baik saja.
“Mereka ini boleh tukar goalpost (sasaran) bila-bila masa. Jadi, saya menganggap itu sebagai satu kenyataan politik saja,” tegas Zahid lagi.