Doktor tak lagi keluar duit sendiri, KKM pula kini bebas urus perjawatan

 


Selepas bertahun-tahun berdepan rungutan mengenai kelewatan pengisian jawatan dan beban kos perpindahan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan dua perubahan besar yang dijangka memberi kesan langsung kepada kebajikan doktor serta kecekapan sistem kesihatan awam.

Bermula 9 Julai lalu, KKM diberikan autonomi penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengurus dan mengagihkan sendiri perjawatan di bawah kementerian itu, sekali gus membolehkan proses penempatan doktor dilakukan dengan lebih pantas tanpa melalui prosedur birokrasi yang panjang.

Pada masa sama, semua pegawai perubatan yang melapor diri di fasiliti baharu mulai Julai 2026 kini dijamin layak menuntut elaun perpindahan penuh mengikut peraturan kewangan kerajaan, termasuk elaun makan, penginapan hotel dan kos pengangkutan barang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kedua-dua langkah itu merupakan sebahagian daripada reformasi pengurusan sumber manusia yang dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem kesihatan awam dan menjaga kebajikan petugas barisan hadapan.

“Naratif perubahan ini kita mulakan dengan kuasa autonomi yang lebih besar. Bermula 9 Julai lalu, KKM telah diberikan kuasa penuh oleh JPA untuk mengurus dan mengagihkan sendiri perjawatan.

“Ini bermakna kita berjaya memotong kerenah birokrasi lama supaya pengisian doktor di hospital dapat dibuat dengan jauh lebih pantas,” katanya ketika menjawab isu berkaitan dalam sesi Kamar Khas Dewan Rakyat.

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan pelantikan tetap, menjadikan lebih 18,500 doktor berjaya diserap ke jawatan tetap di bawah Kerajaan MADANI sejak 2023.

Dzulkefly berkata, pengumuman pelantikan tetap itu turut disusuli penyelesaian terhadap satu lagi isu yang sering dibangkitkan pegawai perubatan, iaitu tuntutan elaun perpindahan apabila ditempatkan di lokasi baharu.

Menurutnya, sebelum ini terdapat doktor yang terpaksa menanggung sendiri kos perpindahan sehingga mencecah ribuan ringgit akibat kekangan pelaksanaan peraturan sedia ada.

“Mulai Julai 2026, kesemua pegawai perubatan yang melapor diri di fasiliti baharu kini dijamin layak menuntut elaun perpindahan penuh mengikut peraturan kewangan.

“Ini termasuk elaun makan, sewa hotel dan kos pengangkutan barang. Isu legasi yang sekian lama membelenggu para doktor akhirnya berjaya kita selesaikan secara tuntas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kini melaksanakan proses penilaian baharu yang lebih telus bagi program perubatan luar negara yang belum tersenarai dalam senarai pengiktirafan.

Beliau berkata, setakat ini lapan universiti di China telah mengemukakan permohonan rasmi untuk dinilai oleh MMC.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan proses pengiktirafan kelayakan perubatan luar negara lebih telus, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan.

Menurut Dzulkefly, keseluruhan reformasi yang dilaksanakan itu bukan sekadar menyelesaikan isu pentadbiran, sebaliknya bertujuan membina ekosistem kerja yang lebih kondusif bagi mengekalkan tenaga perubatan dalam perkhidmatan kesihatan awam.

“Kita percaya apabila kebajikan barisan hadapan dijaga dan dilindungi, sistem kesihatan negara akan lebih berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik, pantas dan berkualiti kepada seluruh rakyat,” katanya.







PRESIDEN DONALD TRUMP DAKWA KOMANDER TERTINGGI IRAN TERBUNUH, MOJTABA KHAMENEI “9O% HILANG”







PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pada hari Isnin bahawa komander tertinggi Iran telah terbunuh, manakala Mojtaba Khamenei didakwanya “9O% hilang”.


“Mereka tiada tentera laut, mereka tiada tentera udara, semuanya sudah habis. Sistem pertahanan antipesawat mereka sudah tiada. Pemimpin mereka semua telah terbunuh, pemimpin terbaik mereka telah terbunuh,” kata Trump dalam wawancara bersama Fox News.


“Khamenei sudah tiada, anak lelakinya sudah 9O% tiada,” tambah Trump.


Dalam perkembangan berkaitan, Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengumumkan bahawa pihaknya telah memulakan malam ketiga berturut-turut serangan terhadap Iran atas arahan Presiden Donald Trump.


CENTCOM berkata operasi itu bertujuan untuk terus mengenakan apa yang disifatkannya sebagai kos yang tinggi terhadap tentera Iran.


Sementara itu, televisyen negara Iran melaporkan berlaku letupan di bandar pelabuhan Bandar Abbas di selatan Iran, selain dua lagi letupan di Pulau Kish.


Serangan terbaharu itu berlaku ketika ketegangan ketenteraan terus memuncak susulan keruntuhan gencatan senjata pada Jun lalu serta pembaharuan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Iran.


Sementara itu, Timur Tengah berdepan peningkatan ketegangan baharu apabila pergerakan Houthi di Yemen berikrar melancarkan serangan balas berskala besar yang menyasarkan lapangan terbang, pelabuhan dan kemudahan minyak susulan serangan yang dilaporkan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa.


Laporan turut mendakwa sebuah peluru berpandu Yemen telah menyerang Pangkalan Udara Raja Khalid di Arab Saudi, manakala sistem pertahanan udara Saudi diaktifkan bagi memintas peluru berpandu yang masuk.


Jika disahkan, pertukaran serangan terkini berpotensi menjejaskan lagi kestabilan rantau ini, mengancam bekalan tenaga global serta meningkatkan kebimbangan terhadap konflik serantau yang lebih meluas.


Rakaman yang tular dalam talian menunjukkan kepulan asap dan api dilaporkan meningkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi selepas Angkatan Tentera Yemen didakwa menyasarkannya dengan peluru berpandu balistik dan dron sebagai tindak balas terhadap serangan yang disifatkan sebagai “kejam dan pengecut” oleh Arab Saudi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa.


Jurucakap Angkatan Tentera Yemen turut menegaskan bahawa rakyat Yemen “tidak akan menerima lanjutan pencerobohan dan sekatan”, sambil menyatakan bahawa angkatan tersebut bersedia mengambil "apa sahaja langkah dan tindakan yang diperlukan" untuk menamatkannya.


Sumber: Fox News, CENTCOM, Televisyen Negara Iran.


`




BILA PARTI JALANG NAK ADJUST LAGI

 





Pemimpin PAS mula ajak Umno tinggalkan PH dan gabung dengan mereka setelah keputusan PRN Johor. 


Saya tidak fikir Umno akan bergabung dengan PAS dengan keputusan PRN Johor. Malah keputusan itu, pada pandangan saya lebih menyukarkan kemungkinan itu. 


Sebab apa? 


Pertama, BN telah berjaya menarik semula pengundi bukan Melayu untuk mengundi MCA dan MIC dengan jumlah yang signifikan.  Jika Umno bergabung dengan PAS, trend ini sukar untuk mereka pertahankan. Malah ia mungkin hanya mendorong pengundi bukan Melayu untuk kembali mengundi PH. 


Kedua, sekitar 80% pengundi PN telah kembali menyokong BN. Di tempat yang PAS bertanding pun pengundi yang dulunya mengundi PN telah kembali ke pangkuan BN. 


Di DUN Maharani contohnya, dalam PRN sebelum ini calon PAS mendapat undi tertinggi (7,559), diikuti oleh PH (6,522) dan kemudian BN (5,861)

 

Dalam PRN 2026, calon BN mendapat undi tertinggi (10,570), diikuti PH (8,427) dan PAS (5,658). 


BN berjaya manambah undi hampir sekali ganda. Undi PH meningkat hampir 2,000 undi, sedangkan undi PAS merosot sekitar 2,000 undi walaupun peratusan keluar mengundi meningkat. Dalam kata lain, hampir kesemua pengundi Melayu atas pagar yang mengundi PN sebelum ini telah kembali mengundi ke pangkuan Umno. 


Jadi, tidak ada sebab untuk Umno menjalinkan kerjasama dengan

PAS.




JOM UNDI UMNO...MINYAK 1.50. 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈


Shahir







Presiden US Donald Trump memaklumkan kepada US Congress bahawa serangan bahawa US kini secara rasmi kembali dalam situasi perang dengan Iran.


Pemakluman kepada US Congress secara rasmi memberi 60 hari kepada Trump untuk melancarkan tindakan ketenteraan tanpa memerlukan kelulusan US Congress.


Trump juga mengumumkan Selat Hormuz akan disekat semula oleh Tentera Laut US dan sebarang kapal komersil yang ingin melalui Selat Hormuz dengan selamat perlu membayar 20% yuran jaminan keselamatan kepada US sebagai timbal balas. 


Iran juga mengumumkan pembatalan


Harga minyak mentah dunia (Brent) melonjak semula melebihi US$83 setong iaitu paras tertinggi dalam sebulan selepas jatuh ke paras US$70 awal bulan ini. 


Kesan segera kepada Malaysia dan seluruh dunia adalah kenaikan harga minyak (tanpa subsidi) dan kesan jangka sederhana dan panjang adalah krisis bekalan yang akan terus berlarutan. 


Brace for impact.




KESIAN PARTI JALANG .

 



Dari carta ini nampak sangat pengaruh PAS di Johor sudah merosot teruk sehinggakan 11 calon mereka hilang deposit. 


Undian Amanah pun lebih dari undian PAS.







KENAPA AHLI PKR MULA MEMBERONTAK.

 


Mohd Jamil



Terimalah dengan terbuka, wahai pemimpin PKR . seperti kata PMX Anwar Ibrahim move on kita masih berkuasa beliau masih perdana menteri .Terima kekalahan ini dengan tenang.


 Ini semua salah kamu juga . Kamu tidak mempedulikan ahli-ahli bawahan. Kamu tinggalkan otai-otai Reformasi. Kamu lupa dek pangkat dan jawatan, serta kedudukan. , Kamu terlampau mendongak. apabila ahli meminta sesuatu begitu susah , bila cabang meminta dana kamu tak beri tetapi bila pemimpin umno minta di minta 100 tetapi 300 kamu bagi. Orang bawahan tidak diendahkan; kamu asyik jaga pokok daun dan buah, tetapi kalau dibiarkan, akar bawahan merosak .


Bila ahli dan akar umbi minta tolong ko orang buat tak dengar ,jawatan jawatan kecil pun tak di bagi kepada ahli ahli lama. pemimpin lebih suka di puji puja.  PMX Dah tiga tahun aku memohon nak jumpa melalui pelbagai orang tetapi until now zero. 


Tak perlu nak post mortem post mortem bagai just kembali ke asal jaga ahli ahli bawahan jaga otai otai. terlupakan dulu kita memang kerana setiap ahli aktif di sosial media tanpa perlu di suruh so bila dan menang pandai pandai la jaga. tak kan nak tunggu ahli ahli minta kot. 


Jangan dok ingat dah kuat . aku tengok PMX dan seorang dua macam MB Sgor Amirudin Shari Sahaja yang bertungkus lumus bagai nak gila buat kerja tanpa rehat tak malukah pemimpin lain pemimpin PKR lain semua cari publisiti murahan. setakat menumpang apa yang PMX Buat .


Apa yang aku belajar:


 Pemimpin umno depa jaga ahli-ahli mereka. duit mereka tak kedekut tetapi pemimpin PKR susah amat susat nak minta . Sampai macam peminta sedekah . jadi ahli ahli otai otai dah fd up. Lantak kau lah, kerjalah sendiri di Johor dan inilah jadinya.


 Ceplos-ceplos mereka buat kerja kerana dibayar, bukan ikhlas hati. Percayalah, kalau umno perintah, semua ceplos-ceplos ni akan ikut ke umno, bukan boleh percaya . Aku sebagai otai kata begini kerana aku sayangkan parti, aku sayangkan PMX . Kalau tidak, aku pun dah blah .






ANWAR TIDAK PERNAH "MEMBIARKAN UMNO MENYEMBELIH DAP" – KENYATAAN ZAID IBRAHIM HANYALAH ANDAIAN POLITIK YANG TERLALU EMOSI*








Oleh: 


*Shahbudin Embun*

*Penganalisis Politik & Pengerusi Biro Politik SEKPUR*


Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membiarkan UMNO "menyembelih" DAP di Negeri Sembilan adalah satu andaian politik yang bersifat emosional dan tidak mencerminkan realiti politik semasa.


Istilah "sembelih" yang digunakan adalah keterlaluan, provokatif dan tidak membantu mengukuhkan semangat Kerajaan Perpaduan. Dalam politik matang, perbezaan strategi pilihan raya tidak boleh disamakan dengan usaha memusnahkan rakan gabungan.


Hakikatnya, hubungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP telah melalui perjalanan yang panjang sejak era Reformasi. DAP merupakan antara parti yang konsisten bersama beliau dalam pelbagai cabaran politik. Justeru, adalah tidak munasabah untuk menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri merestui atau membiarkan mana-mana parti "mengorbankan" DAP.


Di dalam Kerajaan Perpaduan, setiap parti mempunyai kekuatan, peranan dan strategi tersendiri. UMNO berusaha memperkukuhkan sokongan tradisinya, manakala DAP juga mempunyai tanggungjawab mempertahankan kawasan yang diwakilinya. Persaingan politik dalam kerangka gabungan tidak boleh ditafsirkan sebagai permusuhan.


Lebih penting, kenyataan seperti ini hanya membuka ruang kepada pihak lawan untuk memecah-belahkan perpaduan antara parti-parti yang membentuk kerajaan. Selepas keputusan pilihan raya negeri yang lalu, termasuk di Johor dan perkembangan politik di Sabah, terdapat pelbagai pihak yang cuba membina naratif bahawa hubungan dalam Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan sedang retak. Naratif sedemikian perlu dinilai secara rasional, bukannya diterima bulat-bulat.


Sebarang analisis politik sewajarnya berpandukan fakta, bukannya retorik yang boleh mengelirukan rakyat. Menggunakan bahasa yang keras mungkin menarik perhatian, tetapi ia tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar.


Malaysia memerlukan politik yang membina, bukannya politik yang dipenuhi dengan andaian dan kenyataan sensasi. Rakyat hari ini lebih matang dan mampu menilai siapa yang benar-benar mengutamakan kestabilan negara serta siapa yang sekadar mencetuskan persepsi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali menegaskan komitmennya untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh sehingga tamat penggal. Oleh itu, dakwaan bahawa beliau membiarkan mana-mana parti "menyembelih" rakan gabungan adalah tidak berasas dan tidak disokong oleh fakta yang nyata.


Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam demokrasi. Namun, bahasa yang melampau hanya mengeruhkan suasana politik dan tidak membawa manfaat kepada rakyat mahupun negara


End .





POYO PUNYA DIA NIM








 Tanaka vangang.

Negeri maju nak tukar kerajaan buatpe
Negeri mundur SG4 la bagi UMNO
PAS jaga negeri tak pandai nak tanding lagi buatpe
Bersara je la
Pegi tanam jagung




DAH KELUAR KAH BELUM ?

 






Akaun Facebook rasmi Datuk Seri Najib Razak hari ini memuat naik satu hantaran yang dilihat menyindir dakwaan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan membawa kepada pembebasannya.

Menerusi hantaran yang dipercayai ditulis oleh pentadbir akaun berkenaan, ia mempersoalkan sama ada naratif yang dimainkan sepanjang kempen PRN Johor sebelum ini sudah menjadi kenyataan.
“Rasanya PH (Pakatan Harapan) tak mungkin bohong pada rakyat Johor. Bahawa BN menang besar di Johor, Najib bebas.
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com






Sabarlah rakyat Kelantan, Exco kata dua tahun lagi masalah air selesai.Duduk la cari makan di negeri orang dulu.NAK BUAT LAGU MANA KAN ?

 


Kerajaan Kelantan berkata, negeri itu akan menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat mereka selama berpuluh tahun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti iaitu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Izani Husin, meminta rakyat Kelantan untuk terus bersabar kerana beberapa projek utama sudah pun hampir siap.

Kerajaan negeri juga menyasarkan masalah bekalan air selesai sepenuhnya menjelang 2030.

“Maknanya kepada rakyat kita, sabarlah sebentar. Lama dah tak ada air, puluh-puluh tahun boleh sabar, dua tahun lagi… sabar sikit lagi,” katanya, lapor FMT

“Jangan apabila dah hampir ke garisan penamat, kita pula dah tak larat. Insya-ALLAH menjelang 2030 kita boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti bekalan air kepada rakyat,” katanya lagi semalam.

Izani berkata Loji Rawatan Air (LRA) Chica 2 dijangka siap pada September, LRA Kelar dijangka mula beroperasi sekitar Mac 2027, manakala LRA Tok Bali pula siap pada 2028.

Izani berkata Kelantan menyasarkan kapasiti pengeluaran air mencecah 800 juta liter air sehari menjelang 2030. Negeri itu pada masa ini memerlukan sekitar 600 juta liter sehari.

Sebanyak 43 buah loji rawatan sedia ada menghasilkan sekitar 529 juta liter sehari, menyebabkan beberapa daerah mengalami kekurangan.





PRN Negeri Sembilan: DAP pertaruh 8 calon penyandang, 3 muka baru

 


DAP Negeri Sembilan hari ini mengumumkan 11 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sembilan pada 1 Ogos depan.

Lapan daripada 11 calon adalah penyandang, manakala tiga lagi merupakan muka baharu.

Anthony yang juga Setiusaha Agung DAP berkata, calon penyandang dikekalkan mengambil kira faktor mereka sudah dikenali pengundi dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang dimenangi DAP bagi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.

“DAP melihat perlunya mengekalkan penyandang di kawasan (DUN) sedia ada kerana faktor usia calon yang masih muda serta faktor tempatan iaitu ada trek rekod yang baik kita kekalkan.

“Sudah tentu setiap kali pilihan raya kita ada penilaian, kita akan melihat potensi calon baharu, namun begitu oleh kerana PRN Negeri Sembilan Ke-16 di luar jangkaan maka proses peremajaan itu tidaklah sebesar yang kita rancang,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP DUN Temiang hari ini, memetik Kosmo!.






Johor bukan penamat, Negeri Sembilan panggil kita bangkit – Mahfuz

 


Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki kelemahan, bukannya alasan untuk menyalahkan rakyat atau berputus asa.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan rakyat Johor mesti dihormati, manakala perjuangan politik untuk menawarkan pentadbiran bersih dan berintegriti perlu diteruskan dengan semangat yang lebih kuat.

“Johor bukan penamat. Johor adalah guru. Johor mengajar kita bahawa rakyat tidak boleh dianggap akan mengundi kita selama-lamanya.

“Keyakinan rakyat perlu dimenangi semula setiap hari, bukan hanya ketika musim pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam PRN Johor serta berharap kerajaan negeri yang baharu dapat menunaikan mandat rakyat dengan penuh integriti.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu berkata, kebajikan rakyat dan kepentingan Johor serta Malaysia perlu diletakkan mengatasi kepentingan politik kepartian.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi dengan menentukan hala tuju negeri menerusi peti undi.

“Walau apa pun pilihan politik, saudara dan saudari telah menentukan hala tuju negeri melalui peti undi.

“Demokrasi menjadi lebih kuat apabila rakyat terus mengambil bahagian,” ujarnya.

Rendah hati

Mahfuz turut mengingatkan calon PH yang berjaya bahawa kemenangan bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh rendah hati.

Beliau menyeru mereka supaya sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan bekerja tanpa mengenal penat.

Bagi calon PH yang tewas pula, Mahfuz berkata, kekalahan tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai pengakhiran perjalanan politik.

“Dalam politik, kekalahan adalah guru yang paling jujur. Bangkitlah dengan lebih kuat, lebih dekat dengan rakyat dan lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang,” tegasnya.

Beliau turut menghargai pengorbanan petugas, sukarelawan dan jentera PH dari Johor serta seluruh negara yang meninggalkan keluarga dan mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit sepanjang kempen.

Katanya, nilai sesuatu perjuangan tidak hanya diukur berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga melalui kesetiaan terhadap prinsip dan kesanggupan untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Mahfuz berkata, keputusan PRN Johor akan diteliti dengan penuh keinsafan bagi mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki segala kekurangan.

Tegasnya, rakyat tidak boleh dipersalahkan atas keputusan yang telah dibuat.

Sebaliknya, menjadi tanggungjawab parti untuk mendapatkan semula keyakinan mereka melalui kerja yang lebih baik, dasar yang dekat dengan kehidupan rakyat dan pendekatan politik yang lebih matang.

“Johor adalah pengajaran, bukan penamat. Jangan biarkan kekecewaan semalam merampas peluang esok.

“Kita bangkit, kita belajar dan kita terus melangkah. Perjuangan ini lebih besar daripada satu kemenangan atau satu kekalahan,” ujarnya.

Perjuangan bersambung

Mengalihkan tumpuan kepada Negeri Sembilan, Mahfuz berkata, perjuangan kini perlu diteruskan dengan memperlihatkan keupayaan pejuang parti untuk bangkit selepas berdepan kekalahan.

“Negeri Sembilan memanggil. Esok perjuangan bersambung. Esok rakyat Negeri Sembilan akan melihat, adakah kita kecewa atau kita bangkit.

“Pejuang sebenar bukan diukur ketika menang, tetapi ketika kalah,” katanya.

Mahfuz menegaskan, selagi masih ada rakyat yang mengharapkan politik bersih, pentadbiran berintegriti dan masa depan Malaysia yang lebih baik, perjuangan tersebut tidak akan dihentikan.

“Kita mungkin kalah dalam satu pilihan raya, tetapi kita tidak akan kalah dalam tekad untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Tahniah kepada pemenang, hormat kepada pilihan rakyat dan istiqamah dalam perjuangan,” kata Mahfuz lagi.

Pada PRN ke-15 pada 2023, PH membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan bersama BN selepas memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi, BN (14) manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima kerusi.

Namun, pada PRN kali ini, PH dan BN masing-masing bergerak secara berasingan

Kedua-duanya bertanding di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.







RUU Komunikasi Dan Multimedia Kukuh Perkhidmatan Sejagat Dibaca Kali Pertama – Fahmi

 



Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, bacaan kali kedua juga akan dibuat pada mesyuarat kali ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 yang bertujuan memperkukuh rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat dengan memasukkan elemen pemeliharaan keselamatan negara, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, bacaan kali kedua juga akan dibuat pada mesyuarat kali ini.

Menurut naskhah RUU berkenaan, pindaan itu membabitkan Seksyen 202 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala subfasal 2(a) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu (1A) dan (1B) ke dalam seksyen itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil RUU berkenaan turut mencadangkan supaya semua inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang dilaksanakan di bawah peruntukan baharu itu hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588. Foto Bernama

Ia bagi membolehkan Menteri mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, atau kedua-duanya demi kepentingan keselamatan negara.

Cadangan pindaan memperuntukkan bahawa inisiatif berkenaan, termasuk menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian serta penyediaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi bagi tujuan pemeliharaan keselamatan negara, dengan penentuan mengenai aspek keselamatan itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut Seksyen 4 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

“Kategori tambahan ini adalah bagi mewujudkan rangka kerja pemberian perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif, dengan mengambil kira evolusi dalam industri komunikasi dan multimedia, kemajuan teknologi dan keperluan negara dari aspek keselamatan,” menurut RUU itu.

RUU berkenaan turut mencadangkan supaya semua inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang dilaksanakan di bawah peruntukan baharu itu hendaklah selaras dengan matlamat Akta 588.

Menurut subfasal 2(b), pindaan terhadap subseksyen 202(2) turut dicadangkan bagi membolehkan Menteri menggubal peraturan di bawah Seksyen 16 Akta 588 berhubung inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat.




HINANYA PAS DI JOHOR


 

PRN JOHOR 2026: APA DI SEBALIK KEMENANGAN BESAR BN?


 

Kata nak berhenti tapi tak sindir Arau Pada Teluk Intan Perbahasan Arau Ruu Kawalan Padi Beras


 

PEMBANGKANG BUAT HAL LAGI ! KENA SPEAKER SEKOLAH !


 

@astroawani 'Saya akan jumpa Nga Kor Ming, dia kawan


 

PENJARA 6 TAHUN & DENDA RM15.45 JUTA! MB UMNO N9 PALING LAMA & MANTAP PENGERUSI FELDA!


 

@jasonyew_ Join PM Anwar Ibrahim mengiringi YDP Agong


 

TARIK BALIK..TARIK BALIK...TARIK BALIK.....KIOK.

 



Empat Ahli Parlimen Bersatu telah menulis surat kepada RoS untuk mendapatkan penjelasan tentang kourum sebenar mesyuarat MPT parti itu….







TEMPAT RONGHINYA DI KEDAH. SANUSI NAK BAGI KERAKYATAN KHAS.


 

KISAH MB NI TAK HABIS LAGI.....BUKAN SETAKAT INI


 

AKUI...JOHOR MEMANG TUGU UMNO


 

JOM GERAK TERUS KE N9


 

JIKA DIBANDINGKAN

 


Malaysia Kalah Telak! Berikut Perbandingan kekuatan jet tempur antara Indonesia dan Malaysia.








Perbandingan kekuatan jet tempur antara Indonesia dan Malaysia menunjukkan keunggulan Indonesia dari segi jumlah armada dan modernisasi pesawat tempur kelas berat, sementara Malaysia didominasi oleh jet tempur multi-peran kelas menengah dan pesawat tempur ringan (LCA).


Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU)TNI AU memiliki armada yang lebih besar dan sedang dalam tahap modernisasi signifikan:Jet Tempur Berat: Mengoperasikan jet tempur kelas berat seperti Sukhoi Su-27 dan Su-30.


Modernisasi: Telah mulai menerima kedatangan jet tempur generasi terbaru Dassault Rafale buatan Prancis (Indonesia telah memesan total 42 unit, dengan gelombang pengiriman yang mulai memperkuat skuadron pada awal 2026).


Armada Lain: Didukung oleh jet tempur multi-peran F-16 C/D dan F-16 A/B yang telah mengalami peningkatan kemampuan (upgrade).


Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM)TUDM mengandalkan campuran platform dari Barat dan Rusia dengan spesialisasi serangan udara khusus:


Jet Tempur Berat & Serang: Mengoperasikan jet tempur kelas berat Sukhoi Su-30MKM dan armada F/A-18D Hornet buatan Amerika Serikat.


Jet Tempur Ringan: TUDM tengah memperbarui kemampuan latih tempur dan serangan ringan dengan pengadaan jet tempur KAI FA-50 Block 20 (FA-50M) dari Korea Selatan yang mulai berdatangan pada tahun 2026.


Armada Lain: Didukung oleh pesawat latih tempur seperti BAE Hawk.Apakah Anda ingin membandingkan spesifikasi teknis dari jet tempur tertentu, seperti Dassault Rafale vs Sukhoi Su-30MKM, atau melihat perbandingan sistem pertahanan udara keseluruhan (radar dan rudal)?




SIB BAIK TAK ARAH DI SINI...

 




Che Ibrahim


Terima kasih Pas kerana membantu memenangkan calon Amanah di Simpang Jeram. 


Kalau Pas tidak letak calon dan mengundi BN sebagaimana arahan Haji Hadi, maka kalahlah PH di Simpang Jeram... 


Terima kasih Pas.







BARUA APA LAK NAK PANGGIL...KULI DSH PANGGIL JALANG.

 


Che Ibrahim.


Hasil pengorbanan Pas, MCA menang 8 kerusi, MIC menang 4 kerusi. 


Kalau Pas/PN membiarkan Gerakan ikut bertanding, mungkin keputusannya lain...




JENTERA PARTI PERLU DIPERKASAKAN DARI AKAR UMBI HINGGA KE ATAS.



Che Ibrahim Mohamed






1. Ambil contoh JPKKP - apa fungsi dan rujukan kerja?
JPKKP seperti hantu tidak bertuan, berkeliaran di mukim masing masing, tak tahu nak rujuk ke sapa, tak tahu nak buat apa, akhirnya projek "Sejati Madani" hanya indah dibibir.
Bagi tahun 2026, bulan 5 baru keluar watikah/surat lantikan. Bulan Julai baru bayar tunggakan elaun, dah la jumlah elaun jauh lebih rendah dari gaji minima.
Kena wujudkan Penyelaras Parlimen/Dun bagi membantu JPKKP bergerak dan sebagai penghubung dengan agensi kerajaan/kementerian.
2. Pimpinan parti peringkat kawasan dan negeri tidak ada dana untuk gerakkan parti, ruang untuk dapat dana dengan kerajaan tertutup rapat, terpaksa bergerak sendiri.
Jauh ketinggalan di belakang jentera Pas :
- YB/Penyelia Dun.
- Penghulu
- Guru Halaqat
- Guru PASTI
- Armalah
- Peserta Ladang Rakyat
- lantikan politik dalam berbagai agensi kerajaan.
- Guru dan pelajar YIK






KAWAN NGAN PARTI JALANG , TERIKUT JUGA RUPANYA...

 



Nak jadi pembangkang kena menang walaupun 1 kerusi, setakat nak bangkang dalam kuliah/ceramah, baik tak payah masuk bertanding.

Apa pun tahniah kerana parti yang Pas sedang gilai menang besar di Johor





ANWAR TETAP KEKAL SAMPAI HABIS PENGGAL

 



Apa pendapat pembaca yang bijaksana semua kalau tiba tiba DAP umum keluar Pakatan Harapan tetapi tetap menyokong kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim .