KEMPEN BMF TIDAK SESUAI UNTUK PERNIAGAAN

 


NORMAN RADZUAN

Simpati penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah

KEMPEN BMF TIDAK SESUAI UNTUK PERNIAGAAN

Saya baru membaca berita kisah pasaraya Malakat Mall di Masjid Tanah ditutup kerana kos sewaan yg terlalu mahal iaitu RM 70k sebulan. Saya bersimpati dgn berita ini kerana ada formula dari pemilik syarikat ini yg boleh dibanggakan.

Rasa segan ingin menasihati Coach Fadzil kerana saya bukan peniaga yg hebat sepertinya. Begitu juga bukan berjaya seperti Datuk Vida tetapi saya sekadar ingin memberi pandangan sebagai pengguna . Jika rasa baik harap boleh menerimanya dan jika sebaliknya abaikan sahaja.

Saya puji niat Coach Fadzil utk membantu peniaga2 kecil atau produk2 Melayu (Islam) termasuk dgn konsep pelaburan. Niat atau formula tersebut wajar dipuji dan disokong.

Malangnya faktor2 lain yg telah merencatkan perniagaan Malakat Mall dari pengamatan saya.

Pertama saya berpandangan kesilapan terbesar ketika kempen awal kemunculan Mall ini apabila marketing mereka dikaitkan ke arah BMF ( Buy Muslim First). Bagi saya ia tidak sesuai dan hanya mengecilkan sasaran pelanggan.

ini.

Bukan sahaja ia mengecilkan pelanggan daripada pelbagai bangsa seperti Cina, India dan kaum2 lain tetapi kelompok Melayu yg dingin dgn kempen BMF.

Ini kerana ketika kempen BMF dilancarkan ada org2 politik mengambil kesempatan ke atas kempen utk tujuan politik.

Akhirnya Malakat Mall menjadi mangsa keadaan. Tanya saya… BMF ini kempen yg hanya memakan diri sendiri. Ini kerana berdasarkan senario politik… 30% org Melayu tidak suka dgn sentimen berbau perkauman.

Tanya saya buat sahaja konsep seperti Mydin… terbuka utk semua dgn jualan harga yg murah. Akhirnya bukan sahaja pelanggan tetapi peniaga2 bangsa lain tidak mahu menyewa di ruang Mall tersebut.

Kedua bila saya bertanya kpd rakan2 di KL… mereka beritahu Malakat Mall gagal bersaing dari segi harga. Harga adalah sgt penting bila kita membuka perniagaan Hypermarket.

Saya beri contoh kejayaan Speedmart. Kempen Malakat Mall ‘Buy Muslim First’ tapi kempen Speedmart ‘Murah dan Dekat’. Nampak cara marketing siapa yg jauh lebih bijak? Mereka tidak sasarkan kawasan2 Cina sahaja tetapi di mana2 kita akn jumpa mini market ini.

Ya harganya yg murah adalah tarikan utama tetapi bukan semuanya murah. Rempah Kari Babas di pasaraya lain dijual dgn harga RM 5 tetapi di Speedmart dijual hanya RM 4.30. Jauh bezanya yg antara tarikan menjadi buah mulut org ramai.

Dkt sini kita kena belajar bagaimana org Cina berniaga. Org Cina ada mendidik anak2 mereka buy Chinese first di rumah tetapi bukan secara terbuka dlm perniagaan. Mereka tak perlu kempen beli barangan Cina dulu tetapi ia telah diselami dari kecil.

Peniaga Cina tahu org Melayu adalah kuasa membeli terbesar bukan sahaja kerana kaum majoriti tetapi jika waktu perayaan org Melayu boros berbelanja membeli pakaian sebagai contoh.

Sebab itulah macam di Sabah byk peniaga kedai makan menggunakan pekerja muslim bertudung sebagai tarikan kpd pelanggan Islam. Begitulah juga tauke Cina sanggup menggunakan nama Rosyam Mart sebagai satu bentuk marketing.

Byk lagi peniaga2 Cina yg mengguankan kaedah seolah2 ia perniagaan Melayu dgn meletakkan individu Melayu seolah olan pemilik perniagaan tersebut. Hebatkan strategi perniagaan mereka mencari jalan menarik pelanggan.

David Teo pemilik syarikat filem Metrowealth sgt bijak menjaga hati org Melayu. Dlm majlis promosi filem fia pasti akn membuat majlis kesyukuran dgn menjemput Ustaz membaca doa selamat.

Niat BMF itu baik tetapi bukan Malakat Mall yg memikul tanggungjawab itu. Kesedaran itu patut dipikul oleh NGO2 sahaja utk diamalkan oleh org2 Melayu di rumah dan bukan utk marketing perniagaan.

Jadi utk saya BMF dan daya saing harga barang perlu diambil perhatian. Malakat Mall juga wajar tukar konsep dgn menyewa 2 lot kedai kerana kos dan risikonya lebih kecil. Bila sewa dan penggunaan kakitangan yg sedikit Malakat Mall boleh bermain dgn harga bagi bersaing dgn pasaraya2 yg tumbuh bak cendawan.

Sekadar beri pandangan…. Malakat Mall boleh juga belajar konsep sepertimana kedai2 runcit di Sabah yg dikuasai oleh peruncit Pakistan. Saya tidak tahu modus operandi mereka sebenar… tetapi saya agak2 sahaja mereka ini mempunyai persatuan yg membekal produk barangan2 runcit.

Harga mereka agak sedikit mahal tapi ada di mana2. Contohnya di Kg. Likas sahaja tak kurang 20 kedai runcit Pakistan ada di situ. Tiada yg tutup perniagaan sejak 12 tahun saya di Sabah… semua boleh survive.

Mengapa tidak Malakat Mall bertindak menjadi pemborong bekalan barangan runcit utk peniaga2 kecil di kawasan2 kampung. Dapat membantu dan dpt berniaga dgn peniaga2 kecil Melayu dgn memberi modal barangan dahulu dan mereka menjalankan perniagaan.

Sekadar pandangan kpd mereka yg baru ingin menceburi bidang perniagaan dlm perniagaan jgn sesekali dikaitkan dgn perkauman. Kedua jika terlibat dlm politik jgn pamirkan perniagaan kita kerana ia akn memberi kesan ke atas perniagaan tersebut ( ini amalan saya sendiri ). Dlm perniagaan tidak boleh dikaitkan dgn perkauman dan politik.

LOJI MERBAU CONDONG BERMASALAH : TAK PAYAH SIASAT, TERIMA SAJA BALA TUHAN

 

HUSAM MUSA




LOJI MERBAU CONDONG BERMASALAH : TAK PAYAH SIASAT, TERIMA SAJA BALA TUHAN

Hari ini masuk hari ketiga lebih 100,000 Rakyat Kelantan yg bergantung pada bekalan air dari Loji Merbau Condong putus bekalan.

Ini bukan kali pertama. Pernah berlaku PUTUS BEKALAN KERANA PAIP BARU PASANG - PECAH! (Kalau paip lama pecah, boleh la tahan)

Hari ini KABEL 'PECAH'. Sebelum ini PAIP PECAH!

Tangki saja belum pecah. TELAGA JEJARI tak berfungsi juga dah berlaku di sini.

Kita sambung hal PENYAKIT LOJI MERBAU CONDONG - sama seperti Loji-loji Aksb yg lain - DISERANG VIRUS LOJI SIAP AIR TAK ADA! (Cara Kerajaan Kelantan selesai masalah - minta lebih banyak wang, bina lebih banyak loji tak kira air ada tak ada. Sekarang nak bina kolah besar simpan air pulak sampai billion-billion ringgit).

Seronok kan? Buat percubaan dengan duit rakyat. Mentang-mentang Menteri Air orang Pas.

Terlanjur kita bercakap hal Loji Merbau Condong ini, kita sambung saja dulu.

Se awal bulan Februari tahun ini, ratusan pengguna yg sama dah terhantuk kepala oleh Aksb.

Bernama melaporkan pada 4 Februari 2022 :

'AKSB dalam kenyataannya hari ini memberitahu penutupan sementara LRA tersebut akan menjejaskan bekalan air melibatkan 32,018 akaun pengguna.

"LRA MERBAU CHONDONG AKAN DITUTUP SEMENTARA BAGI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN PADA PAIP AIR MENTAH JENIS GLASS REINFORCED PIPE (GRP) BERSAIZ DIAMETER 1,100 MILIMETER (MM) YANG BOCOR DI LALUAN KAMPUNG BELUKAR, JALAN KEMUBU, MACHANG".

Paling kurang TIGA HARI lebih 100,000 orang tak dapat bekalan air.

Nampak macam paip ni kena pecah setahun sekali?

Apa sebab pecah?

Lihat semula kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Latihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Mat Noor Awang - seperti berikut :

'Menurutnya, kerja baik pulih dilakukan selama tiga hari berikutan kebocoran besar serta faktor KEDALAMAN PAIP YANG MENYEBABKAN OPERASI LOJI RAWATAN AIR (LRA) MERBAU CHONDONG DIBERHENTIKAN untuk sementara waktu'.

Antara lain kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian pada 27 Ogos 2020 :

https://www.sinarharian.com.my/.../Gangguan-bekalan-air...

KEDALAMAN PAIP. YA, SAYA ULANG - DISEBABKAN KEDALAMAN PAIP.

Apa maksud?

PAIP TELAH DITANAM LEBIH DALAM DARI SPESIFIKASI?

Lucu kan?

Bila kontraktor tanam lebih dalam dari sepatutnya, kenapa Aksb tak betulkan?

Kenapa Aksb masih lulus pembayaran?

BAH KAN, SAYA DIFAHAMKAN, AKSB LANGSUNG TAK BUAT PUN UJIKAJI ATAS PEMASANGAN PAIP INI.

Apa nak hairan kalau pecah?

(Nota : Jenis paip yg digunakan Aksb untuk Loji Merbau Condong ialah Glass Reinforced Pipe (GRP) bersaiz diameter 1,100 milimeter.

Difahamkan hanya Aksb yg mula guna paip ini di Malaysia?

Dengan itu, tidak ada rekod kesesuaian dan ketahanan untuk perbandingan dengan paip MS yg biasa digunakan?)

Demikianlah cara Aksb@Kerajaan Kelantan uruskan kepentingan Rakyat Kelantan.

WANG ADA - TELAGA SIAP - AIR SAJA TAK ADA.

Banyak sangat wang, sampai tanam paip pun lebih dalam dari sepatutnya?

Husam Musa

14 Syawwal 1443H

15 Mei 2022

 

JIKA BULI WUJUD DI HOSPITAL, JANGAN PULA BAR PEGUAM LUPA UNTUK MELIHAT DI FIRMA GUAMAN DIMANA PELATIH GUAMAN SEDANG DILATIH


Bekas doktor pelatih sedia beri keterangan kejadian buli di hospital

facebook sharing button 
facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pasukan petugas khas telah dilantik untuk meneliti dakwaan doktor
 junior yang berdepan penderaan daripada doktor senior semasa
 tempoh latihan mereka. (Gambar Freepik)

GEORGE TOWN: Seorang bekas doktor pelatih berusia 35 tahun bersedia untuk memberi keterangan di hadapan pasukan petugas khas bebas yang menyiasat kes buli dan penderaan doktor junior di hospital awam.

Dr Alice (bukan nama sebenar) berkata, dakwaan wujudnya penderaan membabitkan doktor pelatih oleh doktor senior membuatkan dia berani menceritakan bagaimana dia didera oleh beberapa doktor di sebuah hospital di Selangor.

“Dr Alice” berkata, dia sedang sarat mengandung ketika mula menjadi menjalani latihan di Selangor dan didera selama dua bulan oleh pegawai perubatan setiap kali membuat lawatan wad di bahagian perbidanan dan ginekologi.

“Dia mendera saya, bertanya kenapa saya memilih untuk menjadi menjalani latihan ketika saya hamil,” kata Alice kepada FMT.

Apabila dia menyambung semula latihan sebagai doktor pelatih selepas tamat cuti cuti bersalin, dia berdepan cercaan dan kata-kata kesat daripada doktor pakar di jabatan pembedahan.

Katanya, doktor memberitahu rakan sekerjanya untuk membuat lukisan bahagian kemaluannya dan teman lelakinya selepas rakan sekerja itu gagal membuat lakaran prosedur pembedahan di hadapan pesakit dan keluarganya.

“Ada seorang lagi doktor pelatih yang mengandung ketika itu. Doktor pakar itu memberitahu doktor berkenaan bahawa dia bodoh kerana mengandung dan menyumpah supaya anak yang dikandung doktor berkenaan juga bodoh,” kata Alice.

“Terdapat banyak perkara lain yang dia telah diucapkan kepada kami; Kami sering menangis selepas membuat lawatan wad, dan saya sentiasa berdebar-debar sebelum setiap kali mahu pergi bekerja kerana anda tidak tahu bagaimana doktor pakar terbabit akan mendera kamu dengan kata-katanya.”

Alice berkata, dia kemudian mula rasa mahu membunuh diri setahun kemudian dan kemudian mendapatkan rawatan psikiatri.

“Doktor yang sama mula memanggil saya Cik Schizophrenia setiap kali saya tidak dapat menjawab soalan saya kerana dia mendapat tahu saya mendapatkan bantuan psikiatri.”

Selepas tiga tahun menjadi doktor pelatih (dilanjutkan setahun kerana cuti bersalin) dan pegawai perubatan hampir dua tahun, Dr Alice kemudian berhenti daripada perkhidmatan kesihatan.

“Cukup-cukuplah,” katanya.

Dia berkata, pengalamannya itu membuatkan dia bersimpati dengan doktor pelatih yang nekad dan terfikir mahu membunuh diri kerana merasakan sudah tidak lagi berdaya melawan perasaan dan tidak mendapat bantuan.

Bukan presiden umno tentukan siapa calon pilihan raya



BERITA SEMASA 15 MEI 2022 Ikuti berita semasa bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang mengulas mengenai calon pilihan raya.


RAFIZI RAMLI! INI ANTARA SEBAB KEMBALI AKTIF!



KEPULANGAN RAFIZI RAMLI MEMBERI SINAR KEPADA PERJUANGAN REFORMASI!! TAPI GOLONGAN KARTEL BERABIS SERANG PERIBADI RR KONONNYA TIDAK SETIA KEPADA PARTI!! Sumber Video FB Social Media



[SHORTS] UMNO ada dua 'kem', adakah menuju perpecahan?




Berikut merupakan petikan Wacana Khas bersempena Perhimpunan Agung Luar Biasa UMNO bertajuk `EGM: Risiko untuk UMNO?' bersama Penganalisis Politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub.



Rafizi Ramli: Aminuddin Harun Adalah Antara Paling Popular Menteri Besar...

Politik | 15 ahli Pas di Besut sertai UMNO-Dari walaun kepada macai



Seramai 15 ahli dan penyokong Pas di Kampung Gong Kulim, Jerteh, Terengganu, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai UMNO menerusi program “BN Jugak Kesudahan” di Jerteh. Kumpulan yang diketuai Aziz Jidin, 58 tahun menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad pada Jumaat.

BEZA BILA MAIL LAWAT US DAN JOKOWI LELAWAT US. KAH..KAH....


Mail melawat US..balik bawa teloq ayam...tak ada apa pun yang diumumkan dan disambut macai.



Presiden Indonesia melawat US disambut CEO SPACE X yang membuat  berbagai hasil industri eroangkasa. 

 

AGAK AGAK MANA SATU NAK SELAMATKAN ? SAPURA DISELAMATKAN PETRONAS...FORENSIK AUDIT AGAK AGAK SIAPA SANGKUT ?

 

Zahid saran Petronas selamatkan Sapura, setuju wajib audit forensik dilaksanakan





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Zahid Hamidi berkata, Petronas sesuai untuk mengambil alih dan
 melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi menggesa Petronas menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB) yang dibebani dengan pinjaman RM10.3 bilion dan berdepan muflis.

Beliau berkata, bantuan petronas itu juga boleh dibuat tanpa menggunakan dana langsung kerajaan.

“Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB). Syarikat itu menggaji lebih 10,000 tenaga kerja dan lebih 3,000 vendor terlibat. Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, Petronas sesuai untuk mengambil alih dan melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin.

“Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Agung Khas Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Zahid merujuk kepada Sapura Energy yang mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelum ini

Zahid berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Agung Khas Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Gesaan Zahid itu menyusul selepas penganjuran Debat Perdana Khamis lalu membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai isu itu.

Menurut Najib, SEB perlu diselamatkan dengan mencadangkan supaya syarikat minyak nasional Petronas mengambil alih kepentingan syarikat itu daripada diisytiharkan muflis.

Beliau berkata, SEB mempunyai kontrak bernilai RM7 bilion dan sebaik saja ia melaksanakan kontrak ini, harga sahamnya akan meningkat dan Petronas boleh menjual sahamnya dan ia menguntungkan.

Katanya rakyat akan menderita dan beribu-ribu akan kehilangan pekerjaan jika Sapura, di mana pemegang saham terbesarnya adalah PNB jatuh.

Anwar pula menggesa kerajaan melakukan audit forensik terhadap SEB dalam usaha menyelamatkan syarikat itu daripada pelbagai permasalahan yang berlaku.


MENTANG MENTANG DOLLAR TINGGI

 

shahbudin husin

Mentang-mentang dolar US makin mahal sekarang, tapi terbayangkah kita hidangan pisang goreng mencapai sehingga RM45?Dan bukan pun di hotel lima bintang…

May be an image of ‎food and ‎text that says "‎KaKp PICK YOUR FLAVOURS KAYANGAN PLATTERS Ru.45 RM DOUBLE CADBURY EM18 CHEESE OREO CHEESE RM13 SALTED CARAMEL CHEESE RM10 NUTELLA EM16 CHEESE BISCOFF SAUCE RM18 &CRUMBS CHEESE CHOCOLATE CHEESE m9 ORIGINAL kn9 CHEDDARCHEESE PISANG GORENG THAI KAKP لد We PISANG CHEESE Are Here To Please.‎"‎‎

TU JA BAWA BALIK ?

 

MOHD SHAH RIM


Belia menyambut kepulangan PM Ismail Sabri kerana memperjuangkan Bahasa Melayu di USA dgn banner Thank You DSIS

Less Talk More Action
🙄🙄🙄
May be an image of 6 people, people standing and text that says "Ismail Sabri berjaya jadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali bukan sahaja dalam isu antarabangsa tetapi soal memartabatkan Bahasa Melayu. https://www.utusan.com. my/nasional/2022/05/belia-berk sambut-kepulangan-perdana-menteri/ OS15 Thank You PM Less Talk, DSIS More Action ALUTE YAB PM!!! EBERANIAN AK KEAMANAN PEMIMPINDUNIA DUNIA GENTARPERJUANGKAN PERJUANGKAN SU DEPAN UTUSAN COM.MY Belia berkumpul sambut kepulangan Perdana Menteri SUBANG: Lebih 200 belia menyambut kepula..."

KAU MEMANG GAGAL LAH- DARI TELUR SAMPAI TIKET PENERBANGAN PUN MASIH GAGAL. BAIK KAU LETAK JAWATAN LAH

 Didakwa berpihak pada AirAsia dalam isu sering tunda penerbangan, ini jawapan menteri

Didakwa berpihak pada AirAsia dalam isu sering tunda penerbangan, ini jawapan menteri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan bahawa beliau memihak kepada syarikat penerbangan AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan syarikat itu baru-baru ini.

Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Bagaimanapun, Nanta berkata beliau dan kementeriannya mengambil langkah proaktif apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan isu kelewatan penerbangan dan tuntutan mereka terhadap syarikat terbabit.

“Disebabkan aduan dibuat kepada KPDNHEP dan di atas dasar kementerian ini yang prihatin dan menjaga hal ehwal pengguna, saya telah berhubung dengan syarikat AirAsia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah yang menimpa pengguna.

“Tuduhan yang mengatakan saya memihak kepada AirAsia adalah tidak wajar dan saya berharap ia dapat dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Nanta berkata beberapa kenyataan telah dikeluarkan di platform sosial media bagi berkongsi hasil libat urus bersama AirAsia termasuk hasil dan inti pati pertemuan antara KPDNHEP dengan pengurusan tertinggi AirAsia petang Khamis.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat tidak menyebelahi pihak AirAsia, malah beliau sendiri telah mendesak syarikat itu untuk memberi keutamaan kepada kebajikan pengguna yang terjejas dan terkesan.

INILAH KEK YANG NAJIB IRIS IRIS PADA RAKYAT




 

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz

 

Sinar Harian
Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz (duduk, kiri) bersama tetamu yang hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Keretakan hubungan di antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kini diibaratkan seperti ‘pinggan retak seribu’ selepas hampir tiga tahun.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.
"Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh.
Kata Mahfuz, bagaimanapun Pas masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.
“Bagi saya, Pas adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.
“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan Pas, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat,” katanya.
Menurut Mahfuz, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengesahkan bahawa berlaku perbincangan pada 20 Julai 2008 menyebabkan dia terpaksa memohon maaf kerana menafikan perkara itu.
“Jadi, ini menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Pas ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka.

Tersilap isi minyak diesel, jangan gelabah, ini cara yang perlu diambil untuk elak kerosakan pada kereta

 


Tersilap isi minyak diesel, jangan gelabah, ini cara yang perlu diambil untuk elak kerosakan pada kereta


Kadangkala kita terlalu asyik. Fikiran melayang memikirkan pelbagai perkara. Biasalah lelaki memang sudah lumrah mudah mengelamun. Ketika sedang mengisi minyak anda tiba-tiba terbau sejenis bau yang tidak sepatutnya ada menghidunya.

Tidak sedar rupanya minyak yang diisi ke dalam kereta adalah minyak diesel! Gelabah dan ‘cuak’ mungki perkara pertama yang terlintas di minda memikirkan kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku pada kereta kesayangan.

Bab menyesal itu kita fikir kemudian. Perkara pertama sekali harus dilakukan adalah bagaimana nak elak berlakunya kerosakan lebih teruk?

Usah salahkan diri sendiri. Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.

Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.

BOLEH SEBABKAN KEROSAKAN KRITIKAL

Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki meinyak kenderaan diesel.

Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.

Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!

Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ketepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral. Kemudian dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.

Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.

Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.

Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang.