LOJI MERBAU CONDONG BERMASALAH : TAK PAYAH SIASAT, TERIMA SAJA BALA TUHAN

 

HUSAM MUSA




LOJI MERBAU CONDONG BERMASALAH : TAK PAYAH SIASAT, TERIMA SAJA BALA TUHAN

Hari ini masuk hari ketiga lebih 100,000 Rakyat Kelantan yg bergantung pada bekalan air dari Loji Merbau Condong putus bekalan.

Ini bukan kali pertama. Pernah berlaku PUTUS BEKALAN KERANA PAIP BARU PASANG - PECAH! (Kalau paip lama pecah, boleh la tahan)

Hari ini KABEL 'PECAH'. Sebelum ini PAIP PECAH!

Tangki saja belum pecah. TELAGA JEJARI tak berfungsi juga dah berlaku di sini.

Kita sambung hal PENYAKIT LOJI MERBAU CONDONG - sama seperti Loji-loji Aksb yg lain - DISERANG VIRUS LOJI SIAP AIR TAK ADA! (Cara Kerajaan Kelantan selesai masalah - minta lebih banyak wang, bina lebih banyak loji tak kira air ada tak ada. Sekarang nak bina kolah besar simpan air pulak sampai billion-billion ringgit).

Seronok kan? Buat percubaan dengan duit rakyat. Mentang-mentang Menteri Air orang Pas.

Terlanjur kita bercakap hal Loji Merbau Condong ini, kita sambung saja dulu.

Se awal bulan Februari tahun ini, ratusan pengguna yg sama dah terhantuk kepala oleh Aksb.

Bernama melaporkan pada 4 Februari 2022 :

'AKSB dalam kenyataannya hari ini memberitahu penutupan sementara LRA tersebut akan menjejaskan bekalan air melibatkan 32,018 akaun pengguna.

"LRA MERBAU CHONDONG AKAN DITUTUP SEMENTARA BAGI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN PADA PAIP AIR MENTAH JENIS GLASS REINFORCED PIPE (GRP) BERSAIZ DIAMETER 1,100 MILIMETER (MM) YANG BOCOR DI LALUAN KAMPUNG BELUKAR, JALAN KEMUBU, MACHANG".

Paling kurang TIGA HARI lebih 100,000 orang tak dapat bekalan air.

Nampak macam paip ni kena pecah setahun sekali?

Apa sebab pecah?

Lihat semula kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Latihan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Mat Noor Awang - seperti berikut :

'Menurutnya, kerja baik pulih dilakukan selama tiga hari berikutan kebocoran besar serta faktor KEDALAMAN PAIP YANG MENYEBABKAN OPERASI LOJI RAWATAN AIR (LRA) MERBAU CHONDONG DIBERHENTIKAN untuk sementara waktu'.

Antara lain kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian pada 27 Ogos 2020 :

https://www.sinarharian.com.my/.../Gangguan-bekalan-air...

KEDALAMAN PAIP. YA, SAYA ULANG - DISEBABKAN KEDALAMAN PAIP.

Apa maksud?

PAIP TELAH DITANAM LEBIH DALAM DARI SPESIFIKASI?

Lucu kan?

Bila kontraktor tanam lebih dalam dari sepatutnya, kenapa Aksb tak betulkan?

Kenapa Aksb masih lulus pembayaran?

BAH KAN, SAYA DIFAHAMKAN, AKSB LANGSUNG TAK BUAT PUN UJIKAJI ATAS PEMASANGAN PAIP INI.

Apa nak hairan kalau pecah?

(Nota : Jenis paip yg digunakan Aksb untuk Loji Merbau Condong ialah Glass Reinforced Pipe (GRP) bersaiz diameter 1,100 milimeter.

Difahamkan hanya Aksb yg mula guna paip ini di Malaysia?

Dengan itu, tidak ada rekod kesesuaian dan ketahanan untuk perbandingan dengan paip MS yg biasa digunakan?)

Demikianlah cara Aksb@Kerajaan Kelantan uruskan kepentingan Rakyat Kelantan.

WANG ADA - TELAGA SIAP - AIR SAJA TAK ADA.

Banyak sangat wang, sampai tanam paip pun lebih dalam dari sepatutnya?

Husam Musa

14 Syawwal 1443H

15 Mei 2022

 

No comments: