Aksb Merbau Condong - Paip Beli Mahal, Membazir Pula?
Sehari suntuk saya di Mahkamah Tinggi KB hari ini.
Kenyataan se orang saksi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd
atau Kpk Sdn Bhd - En Ozmin - telah dibatalkan sepenuhnya oleh YA Hakim.
Beliau gagal hadhir. Atas cadangan peguam Plaintif sendiri.
Dengan itu kenyataan En Ozmin dibatalkan oleh Mahkamah.
Kes bersambung esok InsyaAllah, dengan peguam saya menyambung
silang pemeriksaan ke atas Pengurus Besar Kpk Sdn Bhd.
Kerana itu, untuk posting hari ini saya ambil sudut santai saja.
Masih tentang Loji Aksb Merbau Condong. Paipnya pecah. Peralatan
elektrik telaganya rosak. Telaga jejarinya gagal. Jumlah air tak cukup kapasiti
seperti pesanan asal. Kualiti airnya bermasalah. Jangka masa siap lebih dari
jadual. Kos pembinaannya meningkat. Belanja pembaikian terus meningkat.
Hari ini - kita tinjau melalui foto-foto - bagaimana paip dan
peralatan lain pembinaan yg masih boleh dipakai, dibiarkan bersepah sekitar
Loji Merbau Condong.
Saya ucapkan terima kasih kepada staf Aksb yg memanjangkan
foto-foto ini untuk ditatap oleh Rakyat Kelantan.
Masih elok kan?
Terbuang akhirnya?
Aksb pernah di tegur oleh Ketua Audit Negara atas kecuaiannya
menjaga aset-asetnya pada tahun 2014 dulu.
Berulang lagi?
Staff Aksb ramai, tak sempat pun nak jaga aset dengan baik?
Sekian dulu.
15 Syawwal 1443H
16 Mei 2022