Gemilang Daily.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mempertahankan tahap pembangunan Kota Bharu dengan menjadikan AEON Mall sebagai antara contoh.
Dalam ucapan yang pernah tular, beliau mempersoalkan kritikan bahawa Kota Bharu tidak maju dengan menyebut kewujudan AEON Mall.
Malah beliau menyindir mereka yang masih mengatakan Kota Bharu tidak membangun sebagai “buta” kerana gagal melihat pembangunan yang ada.
Masalahnya, AEON Mall ialah pusat beli-belah milik sektor swasta.
Sebab itu hujah tersebut mudah menjadi bahan sindiran.
Bila orang persoalkan pencapaian pembangunan sebuah kerajaan negeri, lazimnya yang mahu dilihat ialah perkara seperti infrastruktur, jalan raya, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pelaburan, bekalan air atau projek pembangunan yang benar-benar datang daripada dasar kerajaan.
Mohd Amar sendiri pada 2017 pernah mengakui pembangunan fizikal Kelantan lebih perlahan berbanding negeri lain, walaupun beliau berkata keadaan itu sebahagiannya disengajakan supaya pembangunan dapat dinikmati rakyat secara lebih seimbang.
Pada 2018 pula, beliau mengakui kekurangan infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya dan pelabuhan menjadi antara sebab pembangunan Kelantan bergerak perlahan.
Jadi memang agak menarik apabila AEON Mall pula pernah dijadikan hujah besar untuk menjawab kritikan pembangunan.
AEON ada, itu fakta.
Tetapi kalau pusat beli-belah swasta pun mahu dijadikan “report card” kerajaan negeri, orang tentu akan bertanya:
Projek kerajaan negeri sendiri yang boleh dibanggakan, yang mana satu?

No comments:
Post a Comment