Belanjawan 2027: Pembentangan Diawalkan Ke Jam 3.30 Petang

 

IMG_7318

Belanjawan 2027 menerusi pembentangan bacaan kedua diawalkan pada jam 3.30 petang hari Jumaat 9 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan pada Jumaat ini, akan diawalkan ke jam 3.30 petang berbanding jam 4 petang seperti kebiasaannya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, berkata surat pemakluman perubahan masa itu sudah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

“Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027, yang mana pembentangan bacaan kedua diawalkan pada jam 3.30 petang hari Jumaat ini.

Ramli memaklumkan Belanjawan 2027 menerusi pembentangan bacaan kedua diawalkan pada jam 3.30 petang hari Jumaat 9 Oktober 2026.

“Sehubungan itu, bagi kemudahan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang beragama Islam, solat Jumaat akan diadakan di dalam Parlimen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2027 dengan tekad memperbaiki inisiatif bantuan kepada rakyat serta ikhtiar menangani kos sara hidup.

No comments: