F1: Rezeki Melimpah Buat Peniaga Hasil Inisiatif Litar Rasa MADANI – PM Anwar

 

IMG_7274

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

SEPANG, 4 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pulangnya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat kali pertama selepas sembilan tahun bukan sahaja dinikmati peminat sukan permotoran serata dunia, malah turut membuka limpahan rezeki kepada kira-kira 40 peniaga tempatan menerusi inisiatif Karnival Litar Rasa MADANI.

Berkongsi keterujaannya menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar berkata, karnival khas yang berlangsung di G Hillstand SIC sempena perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026, turut menghimpunkan peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman termasuk snek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Jualan makanan dan minuman serta pelbagai juadah yang tersedia di kawasan pemegang tiket F1 MADANI itu juga menambah citra warna-warni sepanjang tiga hari perlumbaan F1 dilangsungkan termasuk sesi latihan bebas pada Jumaat dan Sabtu serta sesi kelayakan petak pada sebelah petang semalam.

Kemeriahan suasana di litar jelas Perdana Menteri, turut memberi peluang kepada pengunjung menikmati juadah sambil menyaksikan perlumbaan dan pada masa sama, menyokong perniagaan peniaga tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

“Sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI, sambil menyantuni peminat F1 yang hadir.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa MADANI. Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita!” kata Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, penganjuran Karnival Litar Rasa MADANI itu adalah antara usaha memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan.

“Penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober, susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Kepulangan F1 ke Malaysia susulan perbincangan dan kerjasama melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, selain kedua-dua kerajaan bagi mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan mesra sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Oktober 2026. Foto PMO

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.





No comments: