Ahmad Faizuddin
Saya baca status YB Syahir Sulaiman.
Alhamdulillah. Beliau akui pencapaian ekonomi negara membanggakan.
Dah kata da, ada ilmu ekonomi, akan nampak ekonomi diuruskan dengan baik ketika ini. YB Syahir graduan ekonomi. Beliau tahu disiplin membaca ekonomi sesebuah negara. Tak sempurna, tapi semakin baik.
Kenapa YB Syahir kata baik?. Sebab hari ni keluar laporan ketua audit negara. Dibentang di Parlimen.
Dan persediaan untuk belanjawan 2027, dengan melihat prestasi ekonomi 2026.
YB Syahir sebut ea:
1. Ekonomi berkembang pesat. Mengatasi jangkaan. Padu.
2. Pasaran buruh stabil. Kadar pengangguran rendah. Dalam keadaan kita lalui fasa kebimbangan akibat perang dagang, akibat perang Iran-US cetus krisis tenaga.
Dulu kita ingat, negara kita akan alami kemelesetan ekonomi. Akan ramai menganggur. Tak berlaku, alhamdulillah. Masih terkawal.
Ye ada, pengangguran. Tapi minima. Kalau ikut disiplin membaca makroekonomi, kadar 3% pengangguran adalah kadar yang normal untuk sesebuah ekonomi yang sihat.
3. Nilai ringgit kekal kukuh sepanjang tahun. Wlupun dalam keadaan global yang tidak menentu. Aritu kan saya da debat dengan pemuda UMNO. Isu ringgit la.
Ringgit kekal kukuh stabil dan berdaya tahan. Ni faktanya. Menyebabkan inflasi negara kita kekal sederhana dan stabil.
4. Pelaburan yang rancak, FDI masuk dengan angka yang mampan.
Ni elemen penilaian ekonomi oleh YB PAS.
Alhamdulillah. Tahniah YB Syahir. Kerana anda jujur.
Ore Kelate mesti berani untuk bercakap benar walaupun tidak menguntungkan naratif politik anda.
Hehe.
Memang ada, tulisan beliau panjang ada kritikan, ada cadangan dan idea penambahbaikan.
Insyallah selagi mana kerangka ekonomi MADANI dikekalkan, sedikit demi sedikit masalah ekonomi negara diperbaiki.
Kita tunggu Belanjawan 2027.

No comments:
Post a Comment