PATUT TEMUBUAL ZAHID ATAU ABDUL HADI

 

Aris Daily


Kalau ikutkan, ramai juga yang rasa wartawan Sky Sports tersalah pilih orang untuk ditemubual.






Anwar Ibrahim ni terlalu mudah.


Tanya soalan, dia faham.


Lepas tu jawab terus dalam bahasa Inggeris.


Tak ada suspense.


Tak ada plot twist.


Tak ada bahagian yang membuatkan netizen kena ulang video tiga empat kali untuk faham apa sebenarnya berlaku.


Sebab itu kita rasa untuk acara sebesar Formula 1, mungkin lain kali Sky Sports patut cuba cari Ahmad Zahid Hamidi atau Abdul Hadi Awang pula.


Dua-dua tokoh besar.


Pengalaman politik berpuluh tahun.


Kalau dapat soalan spontan daripada wartawan antarabangsa, kita yakin temu bual itu akan jadi jauh lebih menarik.


Bukan setakat peminat F1 tengok.


Satu Malaysia mungkin berhenti sekejap.


Editor media sosial pun tak perlu pening cari tajuk.


Potong sahaja 30 saat video, insya-Allah hidup sendiri.


Anwar pula jenis merosakkan pasaran content creator.


Dia pergi luar negara, bercakap dengan wartawan asing, jawab soalan seperti biasa.


Susah orang nak troll.


Sedangkan dalam dunia media hari ini, kita perlukan pemimpin yang bukan sahaja mampu menjawab soalan.


Kita perlukan pemimpin yang setiap kali mikrofon dihulurkan, seluruh negara berdebar menunggu apa yang akan keluar.


Dalam bab itu, Zahid dan Hadi memang ada aura tersendiri.


Sky Sports rugi besar kali ini.





No comments: