
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Sultan Ibrahim dan pembesar asing menyaksikan F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia pada 4 Oktober 2026. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas kepimpinan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta hubungan akrab baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, yang memungkinkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyifatkan pemilihan itu mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai rakan yang dihormati dan diyakini di persada dunia.

“Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Perdana Menteri berkesempatan mengiringi Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 bersama-sama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa.

Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan tetamu diraja yang berangkat menyaksikan perlumbaan hari ini, antaranya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta tetamu kehormat yang lain.

Formula One Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026, yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober, menyaksikan kepulangan F1 ke Sepang selepas sembilan tahun, dengan perlumbaan terakhir di litar ikonik negara itu diadakan pada 2017.

No comments:
Post a Comment