Tuanku Muhriz Dijemput Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja – Laporan

 

IMG_7974

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bermula 13 Oktober 2026. Foto Pentadbiran Undang Luak Rembau

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula esok, menurut laporan The Straits Times Singapura.

Perkembangan terbaharu itu dilihat sebagai suatu pengiktirafan Raja-Raja Melayu terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah Negeri Sembilan yang sah, ketika krisis institusi diraja negeri itu berlarutan sejak enam bulan lalu susulan ‘pengisytiharan’ sepupunya, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, sebagai pemerintah baharu.

Menurut The Straits Times, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dijadual mempengerusikan mesyuarat itu mulai esok hingga 15 Oktober, telah menjemput Tuanku Muhriz untuk hadir.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bermula 13 Oktober 2026. Foto Pentadbiran Undang Luak Rembau

Tunku Nadzaruddin pula dikatakan beberapa kali berusaha mendapatkan jemputan ke mesyuarat berkenaan, termasuk menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.

Bagaimanapun, Tuanku Muhriz dilaporkan hanya akan menghadiri mesyuarat pra-Majlis Raja-Raja esok, yang tidak disertai Yang di-Pertuan Agong bagi menjaga kepentingan negeri masing-masing.

Tuanku Muhriz juga dijadual menyempurnakan pelantikan Undang Luak Jelebu yang baharu pada Rabu ini, sekali gus memberinya “majoriti jelas” dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU), menurut satu sumber.

Laporan The Straits Times Singapura yang memetik sumber mendakwa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijemput ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bermula 13 Oktober 2026. Foto The Straits Times Singapura

Negeri Sembilan berdepan krisis institusi diraja sejak April lalu apabila empat undang yang kedudukan mereka dipertikaikan mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz.

Empat individu sama kemudiannya didakwa mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar baharu pada Jun lalu dalam satu majlis di sebuah hotel lima bintang di Melaka.

Krisis itu semakin meruncing pada September apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pimpinan Ismail mengeluarkan kenyataan mengesahkan penyingkiran Tuanku Muhriz.

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang, Raja Norazli Raja Nordin berkata Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-11 pada 29 Disember 2008.

Ismail turut menyokong kenyataan itu walaupun pada awalnya menolak pengisytiharan Tunku Nadzaruddin sebagai pemerintah baharu.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan DKU menegaskan kenyataan berkenaan tidak mempunyai kesan undang-undang serta Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar yang sah.

Susulan itu, pelantikan barisan exco terbabit dibatalkan, dengan pentadbiran Ismail diteruskan tanpa sebarang pelantikan pengganti setakat ini.




No comments: