Raja Abdullah II Terima Menghadap PM Anwar

 

IMG_7987

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

SEPANG, 12 Okt – Raja Jordan, Raja Abdullah II menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sesi berkenaan ialah sebahagian daripada lawatan dua hari Raja Jordan ke Malaysia, yang bermula semalam, atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar tiba di Kompleks Bunga Raya pada 12.50 tengah hari dengan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi menerima menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit itu memberikan peluang untuk memperkukuh persahabatan erat dan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dengan Jordan, khususnya dalam bidang pendidikan, perdagangan serta kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk menggalakkan keamanan, keadilan dan kestabilan yang berkekalan di Asia Barat, terutamanya dalam mempertahankan hak rakyat Parlimen yang sah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Kunjungan Raja Abdullah II ini merupakan lawatan kedua baginda ke Malaysia sejak Mei 2008, ketika kedua-dua negara memperingati lebih enam dekad hubungan diplomatik yang terjalin pada 1965.

Pendidikan kekal menjadi tonggak hubungan dua hala, dengan lebih 1,490 pelajar Jordan kini melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kedua-dua negara juga terus giat menggalakkan pertukaran pendidikan, kerjasama akademik dan perkongsian kepakaran, selain memperluas kerjasama dalam penyelidikan saintifik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat mengadakan perbincangan dua hala bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara pada 12 Oktober 2026. Foto PMO

Dari segi ekonomi, perdagangan dua hala antara Malaysia dengan Jordan mencecah RM993.4 juta pada 2025, meningkat 15.2 peratus berbanding 2024. Perdagangan terus mencatat rekod momentum dari Januari hingga Ogos 2026, dengan pertumbuhan lapan peratus kepada RM740.7 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

Lawatan negara itu mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. – Bernama




No comments: