
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II yang menamatkan lawatan rasmi dua pada 12 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
SEPANG, 12 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, mengiringi keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II yang mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke negara ini atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bermula semalam.
Pada lawatan rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali, iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan.

Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Raja Abdullah II pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, di sini, selepas baginda berdua mengadakan pertemuan empat mata di Dewan Seri Negara.
Menurut Istana Diraja Hashemite, Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dianugerahkan kepada raja, putera dan ketua negara sebagai pengiktirafan terhadap kedudukan mereka selaku pemerintah tertinggi yang diiktiraf kerajaan negara itu.

Darjah kebesaran itu merupakan antara anugerah diraja Jordan yang dikurniakan kepada tokoh terkemuka antarabangsa serta individu yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan mereka.
Terdahulu, pertemuan antara baginda dan Perdana Menteri di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, disifatkan berjaya memperkukuh kerjasama pertahanan, memperluas perdagangan serta mengeratkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Raja Abdullah II ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta para pegawai tinggi kedua-dua negara.
Pesawat khas membawa baginda dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya (BRC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.40 tengah hari.

Sebelum berangkat pulang, Raja Abdullah II memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD).
Kali terakhir Raja Abdullah II berangkat ke Malaysia ialah pada 2008 dengan penekanan memperkukuh hubungan antara Jordan dan Malaysia.
No comments:
Post a Comment