KALI NI UMNO NAK KATA APA ?

 






Makin menarik cerita Negeri Sembilan ni. Tuanku Muhriz yang cuba disingkirkan kini dijemput oleh Sultan Nazrin Shah ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 13 Oktober. Tunku Nadzaruddin yang mahu menggantikan baginda pula tak menerima jemputan.

Lebih menarik, menurut The Straits Times, Tunku Nadzaruddin sebelum ini beberapa kali cuba mendapatkan jemputan termasuk melalui MB Ismail Lasim. Tetapi akhirnya Tuanku Muhriz juga yang dijemput.
Pada 14 Oktober pula, Tuanku Muhriz dijadualkan menyempurnakan pelantikan Undang Jelebu baharu. Pelantikan ini dijangka menjadikan tiga daripada empat Undang berpihak kepada baginda. Maknanya kedudukan Tuanku Muhriz berpotensi semakin kukuh dalam Dewan Keadilan dan Undang.
Yang peliknya, Tuanku Muhriz inilah yang memperkenankan pelantikan MB selepas BN–PN menang PRN. Tetapi tak sampai dua bulan, Exco kerajaan yang sama pula sebulat suara mengiktiraf proklamasi penyingkiran baginda.
Dulu UMNO sibuk menyalahkan Tok Min kerana enggan menerima proklamasi tersebut. Sekarang Exco kerajaan pimpinan UMNO sendiri pula menyokongnya, walaupun Jabatan Peguam Negara sudah menjelaskan proklamasi itu tidak sah.
BN–PN menang besar dengan majoriti dua pertiga. Sepatutnya sibuk mentadbir negeri, tetapi kerajaan sendiri terjebak dalam kemelut istana sampai kesemua 10 Exco dibatalkan pelantikan.
Akibatnya, pentadbiran negeri terganggu. Bekas Exco pula mencabar pembatalan pelantikan mereka di mahkamah. Masa terus berjalan, sedangkan banyak urusan rakyat perlu diselesaikan.
MB nak tunggu bertahun-tahun proses Mahkamah ke sebelum boleh cadangkan nama exco baharu?
Sekarang Johari Ghani pula kata UMNO bukan pihak yang mahu menyingkirkan Tuanku Muhriz. Kalau begitu, siapa nak bertanggungjawab terhadap keputusan Exco kerajaan pimpinan UMNO yang mengiktiraf penyingkiran baginda?
Kalau MB betul-betul fikirkan rakyat, sepatutnya beliau fokus menyelesaikan kebuntuan pentadbiran, termasuk mencadangkan Exco baharu jika perlu.
Jemputan ke Majlis Raja-Raja memang bukan keputusan muktamad mengenai pertikaian takhta. Tetapi perkembangan ini cukup untuk mempersoalkan tindakan bekas Exco BN–PN selama ini.
Dulu sibuk nak iktiraf pengganti Tuanku. Sekarang Tuanku Muhriz yang dijemput, calon pengganti pula tak dijemput.
Yang pening kepala sekarang bukan Tuanku, tetapi kerajaan BN–PN yang perlu menjelaskan tindakan sendiri.

No comments: