SEMBANG JA PANDAI


 

Sikap Ahli Parlimen pembangkang yang kini menyalahkan Anwar Ibrahim kerana mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada umum mengundang kritikan netizen.


Ironinya, RCI Tabung Haji bukan ditubuhkan oleh kerajaan Anwar.


RCI itu ditubuhkan ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin Yassin, pada zaman kerajaan yang dibentuk selepas kejatuhan PH 1.0. Ketika itu, antara naratif yang dimainkan ialah mahu menyiasat dakwaan bahawa kerajaan PH telah “menjual” aset Tabung Haji.


Namun apabila siasatan dijalankan, skopnya turut meneliti perkara yang berlaku dalam tempoh pentadbiran Perdana Menteri ke-6, Najib Razak, dan Perdana Menteri ke-7, Mahathir Mohamad.


Laporan RCI kemudiannya siap ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob.


Tetapi pada ketika itu, laporan berkenaan tidak didedahkan kepada umum.


Hari ini, apabila kerajaan Perdana Menteri ke-10 Anwar Ibrahim memilih untuk mendedahkan laporan tersebut kerana TH telah stabil dan membawanya ke Parlimen untuk dibahaskan, pembangkang pula mempersoalkan tindakan itu — malah memboikot sidang khas yang diadakan untuk membahaskan RCI berkenaan.


Sebab itu persoalan netizen cukup mudah:


RCI dibuat masa PM8.

Siasat perkara zaman PM6 dan PM7.

Laporan siap masa PM9.

Tetapi apabila PM10 dedahkan kepada rakyat — PM10 pula yang dipersalahkan?


Kalau benar mahu mempertahankan Tabung Haji, bahaskanlah isi laporan RCI itu satu persatu.


Bukan menyerang orang yang mendedahkannya.





No comments: