Sebuah akaun media sosial menggunakan nama @saadabiwaqas7 dikecam selepas mengitar semula gambar lama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima rawatan pada 2018, sebelum mempersoalkan keadaan kesihatan Perdana Menteri seolah-olah gambar itu merupakan gambar terkini.
Menerusi video yang dimuat naik, pemilik akaun berkenaan memaparkan gambar Anwar dengan balutan pada badan sambil mempersoalkan mengapa balutan tersebut kelihatan sedemikian dan meminta orang ramai memberikan penjelasan.
Hakikatnya, gambar tersebut bukan gambar terkini. Ia dirakam pada Mei 2018 ketika Anwar menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Ketika itu Anwar sendiri menjelaskan beliau mengalami sakit dan bengkak pada bahagian bahu serta tangan.
Tindakan akaun Saad bin Abi Waqqas itu kemudian ditegur netizen yang menyifatkan kandungan berkenaan sudah menjurus kepada penyebaran maklumat mengelirukan.
Seorang netizen menulis, “Kopiah sentiasa atas kepala, rida’ sentiasa atas bahu… kali ini dah jatuh fitnah.” Dia turut mengingatkan supaya imej agama tidak digunakan ketika menyebarkan perkara yang tidak dipastikan kebenarannya.
Netizen lain pula mengingatkan bahawa walaupun seseorang tidak menyukai PMX, ia bukan alasan untuk menggunakan gambar lama bagi membina persepsi yang salah.
Kalau mahu kritik Anwar, kritik dasar dan pentadbirannya. Banyak perkara boleh diperdebatkan.
Tapi gambar tahun 2018 janganlah dibawa seolah-olah ia gambar hari ini. Pakai lebai bukan lesen untuk sebar benda yang tak benar.

No comments:
Post a Comment