BOHONG SEBAB PENAKUT. MENTERI AGAMA ADA PHD KEWANGAN ISLAM LA...INGAT BODO MACAM KAMU KAH ?

 





Antara alasan yang digunakan untuk mempertahankan tindakan pembangkang keluar Dewan ketika Sidang Khas RCI Tabung Haji ialah kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan tidak mempunyai kelayakan untuk membincangkan isu berkenaan.


Namun latar belakang beliau menunjukkan sebaliknya.


Zulkifli bukan sahaja mempunyai kelulusan dalam bidang Syariah dan undang-undang, malah memiliki PhD dalam Kewangan Islam dari Durham University, United Kingdom.


Beliau juga pernah menjadi Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, Timbalan Rektor IIUM serta mempunyai pengalaman dalam industri sebagai peguam, peguam cara dan penasihat undang-undang dalaman Bank Muamalat Malaysia Berhad.


Malah latar belakang akademik dan kerjaya beliau memang berkait rapat dengan Syariah, undang-undang dan kewangan Islam.


Jadi kalau alasannya keluar Dewan kerana Menteri Agama “tak layak” bercakap mengenai RCI Tabung Haji, alasan itu sendiri nampaknya perlu diperiksa semula.


Yang patut dibahaskan ialah isi laporan RCI dan bagaimana wang pendeposit boleh mengalami kerugian berbilion ringgit, bukannya sibuk mencari alasan siapa yang layak bercakap.





No comments: