DI LUAR DEWAN “SELAMATKAN TABUNG HAJI”, DI DALAM DEWAN LARI DARIPADA PENERANGAN











Persoalannya bukan mengapa mereka membantah, tetapi mengapa mereka meninggalkan Dewan ketika ruang untuk bertanya, mencabar dan membahaskan perkara itu masih terbuka.


Inilah politik yang agak menghiburkan. Di luar Dewan

“Tabung Haji dijual!” “Aset umat tergadai!” “Selamatkan Tabung Haji!”


Tetapi apabila penerangan Laporan RCI Tabung Haji dibentangkan di dalam Dewan keluar. 


Kalau benar mahu mempertahankan pendeposit, duduklah. Dengar. Tanya. Bahas. Cabar fakta. Kalau tidak setuju, bantah dengan hujah. Kalau ada fakta yang salah, tunjukkan bukti.


Tetapi kalau ketika fakta sedang dibentangkan tiba-tiba keluar Dewan, Ini perjuangan untuk Tabung Haji atau perjuangan untuk skrip politik?


Lebih lucu apabila alasan yang digunakan ialah Perdana Menteri tidak hadir kerana sedang menerima rawatan.

PM sakit, doktor suruh berehat. Pembangkang pula keluar Dewan atas nasihat doktor politik yang mana? 


Kalau benar-benar mahu tahu apa yang berlaku kepada Tabung Haji, baca keseluruhan laporan RCI, bukan pilih muka surat macam pilih lauk di pasar malam yang sedap dengan naratif sendiri diambil, yang pahit ditinggalkan.

RCI bukan menu ala carte politik.


Kalau ada kelemahan masa lalu, akui. Kalau ada kesilapan, perbaiki. Kalau ada rasional di sebalik langkah pemulihan dan penstrukturan, teliti dan bahaskan.

Jangan ambil separuh fakta kemudian jual sebagai keseluruhan kebenaran.


Pendeposit Tabung Haji tidak perlukan wakil rakyat yang paling kuat menjerit di luar Dewan. Mereka perlukan wakil yang berani duduk ketika fakta dibentangkan, berani bertanya ketika jawapan diberikan dan berani mencabar apabila ada perkara yang tidak betul.


Kalau di luar “Selamatkan Tabung Haji!” Tetapi di dalam “Selamatkan diri daripada fakta!”


Rakyat boleh menilai sendiri. Politik populis hanya berani dengan fakta yang mengikut skrip; politik berintegriti berani berdepan fakta walaupun pahit.


Jangan jadikan Tabung Haji pentas mencari hero. Pendeposit tidak perlukan hero yang pandai keluar Dewan. Pendeposit perlukan wakil rakyat yang tidak keluar apabila tiba masa untuk bekerja.


IBNU ALI





No comments: