PANDAI SEMBANG NGAN WALAUN.....TAPI LAM DEWAN PENAKUT

 


Ketika ruang sebenar untuk membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dibuka di Dewan Rakyat, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang memilih untuk keluar Dewan.






Namun selepas itu, masing-masing kembali bercakap panjang mengenai isu sama menerusi TikTok dan media sosial.


Ada yang mempersoalkan format sidang, ada yang mempertikaikan kenapa hanya penerangan menteri, malah ada yang terus mengkritik perjalanan Sidang Khas RCI Tabung Haji.


Persoalannya mudah, kalau begitu banyak perkara mahu dipersoalkan, mengapa tidak kekal dalam Dewan dan bahaskan semuanya ketika peluang diberikan?


Di situlah tempat untuk mencabar penjelasan kerajaan, mengemukakan fakta, mempertahankan hujah dan meminta jawapan mengenai kerugian serta pelaburan bermasalah yang melibatkan wang pendeposit Tabung Haji.


Lebih pelik apabila selepas keluar Dewan, media sosial pula dijadikan medan untuk “berbahas” mengenai perkara yang mereka sendiri memilih untuk tidak bahaskan dalam persidangan.


Isu RCI Tabung Haji bukan perkara kecil. Ia menyentuh pengurusan sebuah institusi penting umat Islam dan wang jutaan pendeposit.


Daripada sibuk berbahas seorang-seorang depan kamera di luar Dewan, lebih baik masuk Dewan. Bahas depan menteri, tanya soalan dan minta jawapan terus.


Itulah fungsi Ahli Parlimen.


#unofficialinfo





No comments: