Anwar Ibrahim Fans.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik jadi Chairman Tabung Haji pada 1 Julai 2013.
Dan pada November 2014, TH mula beli 30% saham Putrajaya Perdana Berhad (PPB) yang sebenarnya dikawal oleh Jho Low.
Kenapa boleh dikatakan dikawal oleh Jho Low?
Sebab PPB dapat duit daripada SRC International.
SRC International bagi pinjam RM170 juta kepada PPB pada Julai–Ogos 2014.
PPB jual saham dia kepada TH pada November 2014 dan TH bayar RM193.5 juta pada hujung Disember 2014.
Pada Januari 2015, Abdul Azeez pula jadi Chairman PPB.
Dan dalam bulan Disember 2014 serta Januari 2015 itu juga, PPB bayar balik RM170 juta kepada SRC International.
Ended up PPB tak ada apa.
Syarikat tu jadi tak bernilai dan TH mengalami total loss.
Bagi min, timeline ni memang banyak persoalan.
Sebab kalau tengok keseluruhan cerita, PPB berada dalam lingkungan kawalan Jho Low, ada RM170 juta daripada SRC International yang masuk sebelum TH membeli pegangan, kemudian RM170 juta tersebut dibayar balik kepada SRC selepas transaksi TH berlaku.
Sebab tu bagi min, persoalan dia bukan sekadar TH rugi RM193.5 juta.
Persoalannya ialah siapa yang buat keputusan, kenapa TH masuk dalam pelaburan tu dan siapa yang akhirnya mendapat manfaat?
Kenapa min kaitkan dengan kerajaan masa tu?
Sebab semua tu badan bawah kerajaan yang dikawal oleh orang berkait dengan kerajaan masa tu.
Dan of course, Jho Low is the main culprit of 1MDB.
Btw, PPB hanya satu contoh.

No comments:
Post a Comment