KENYATAAN MEDIA MP PAS DAN WAWASAN JANGAN LUPA WANG RAKYAT TU.NAK KIRA HUTANG ATAU MINTA RAKYAT SEDEKAH.

 


KENYATAAN MEDIA





MP PAS DAN WAWASAN JANGAN LUPA WANG RAKYAT TU.NAK KIRA HUTANG ATAU MINTA RAKYAT SEDEKAH. 


1.Kehadiran Ahli Parlimen melibatkan penggunaan kemudahan dan perbelanjaan rasmi tertakluk kepada peraturan Parlimen termasuk perjalanan dari kawasan masing-masing, pengangkutan, penginapan dan kemudahan berkaitan.


Sebab itu saya mahu mengingatkan:

Setiap ringgit wang rakyat yang digunakan untuk seseorang Ahli Parlimen hadir ke Parlimen mesti disertai tanggungjawab kepada rakyat.


2.Kehadiran bukan sekadar tekan butang.

“Jari boleh direkodkan hadir. Tetapi amanah tidak boleh dibuktikan dengan butang.”


Rakyat tidak menghantar Ahli Parlimen ke Kuala Lumpur untuk menjadi penonton seperti mana penonton bolasepak dengan tepuk sorak dan riuh gendang. Rakyat menghantar mereka untuk mewakili dan membawa suara rakyat. Kalau suara itu memilih untuk keluar ketika amanah sedang dibincangkan, siapa sebenarnya yang mereka wakili?.


Macam pemain bola masuk padang, pakai jersi, ambil nombor, tetapi bila wisel ditiup dia keluar padang. Kemudian mendakwa dia sudah bermain.


3.Jika mereka memilih untuk meninggalkan prosiding dan tidak mengambil bahagian dalam ruang yang disediakan untuk meneliti serta membincangkan isu Tabung Haji, maka rakyat berhak mempersoalkan nilai dan kerja buat yang mereka berikan sebagai balasan kepada kemudahan dan wang rakyat yang digunakan.


4.Saya menyeru semua MP Pas dan Wawasan supaya menjelaskan secara terbuka kepada rakyat:

Apakah sebenarnya sumbangan mereka kepada sesi khas sidang Parlimen berkaitan laporan RCI Tabung Haji?.


5.Kamu tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dalam Laporan Suruhanjaya di Raja Tabung Haji yang merupakan topik khusus sidang khas Parlimen diadakan.Alasan kamu ialah tangguh sidang sehingga Perdana Menteri sihat dan boleh hadir.Sedangkan kamu tahu peraturan dewan sidang masih boleh diteruskan tanpa kehadiran Perdana Menteri.Semua MP telah menempah Penerbangan dan Penginapan yang di tanggung oleh Parlimen.


6.Sepatutnya kamu tahu sidang tak boleh di tangguh demi untuk melindungi kepentingan pendeposit.Pendeposit perlu di yakinkan dengan pemberitahuan rasmi melalui Parlimen apa berlaku pada Tabung Haji dan pendeposit perlu mengetahui yang tuduhan dan fitnah kamu lemparkan sebelum ini terhadap Tabung Haji.Pendeposit perlu di beritahu apa langkah langkah yang telah di ambil oleh kerajaan.


7.Alasan kamu PM tak boleh hadir,Sidang hanya penerangan Menteri dan tiada apa keputusan di hujungnya.Sedang kamu tahu itulah notis yang di keluarkan Parlimen kepada semua Ahli Parlimen.Kalau kamu tak mahu ambil bahagian seharusnya dari awal kamu tak hadir ke Parlimen menghabiskan wang rakyat.Bayaran penerbangan,penginapan , elaun mesyuarat dan elaun makan kamu di tanggung oleh rakyat.


8.Semua MP Pas dan Wawasan telah salah guna peruntukan wang perbelanjaan untuk kehadiran sidang Parlimen dengan meninggalkan dewan mesyuarat tanpa satu alasan yang munasabah dan datang  ke Kuala Lumpur hanya untuk bersiar siar sahaja.Kamu semua menyalah gunakan wang rakyat.


Jangan biarkan rakyat menanggung kos untuk wakil rakyat yang memilih untuk tidak menjalankan tugas yang tersedia di hadapan mereka.Atau memang rakyat nak sedekah pada ahli Parlimen PAS dan WAWASAN.


Di luar Dewan mereka paling lantang bercakap tentang Tabung Haji. Di dalam Dewan, apabila Tabung Haji dibincangkan, mereka pula yang meninggalkan gelanggang.


Datang meminta jawapan, tetapi keluar ketika jawapan hendak diberikan.


MAHFUZ OMAR

NAIB PRESIDEN

PARTI AMANAH NEGARA

RABU 12 OGOS 2026

ALOR SETAR

KEDAH DARULAMAN.




No comments: