BUKAN CALANG-CALANG 😎
Tahniah diucapkan kepada pegawai PASKAL yang mengharumkan nama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Sniper Tahun 2026 menerusi anugerah Excellent Student Awards di Shijiazhuang Campus, PLA Infantry Academy, Hebei, China.
Pegawai berkenaan mengikuti Sniper Infantry Course bersama 131 penuntut dari lebih 24 negara. Selain menerima anugerah tertinggi tersebut, beliau turut dianugerahkan Certificate of Honors – Excellent Cadre dan Silver Badge Medals, selain menduduki tempat kedua daripada 38 penuntut bagi kategori Individual Sniper Exam.
Pencapaian ini membuktikan tahap kompetensi, disiplin, ketahanan mental dan keupayaan warga TLDM bersaing dalam latihan ketenteraan antarabangsa. Kejayaan tersebut turut mengharumkan nama Malaysia, memperkukuh imej profesionalisme ATM serta membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan dan peningkatan kepakaran dalam kalangan warga TLDM.
SALUTE 🫡
Sumber/Kredit : TLDM




No comments:
Post a Comment