WOII LEBAI...MASA MUNG JADI MENTERI DULU MUNG TAK TAHU KAH ?

 




Bekas Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad dan bekas Timbalan Menteri Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary wajar menjelaskan mengapa Laporan RCI Tabung Haji tidak didedahkan ketika mereka masih berada dalam kerajaan.


Persoalan itu timbul selepas Idris mempersoalkan mengapa laporan berkenaan mengambil masa begitu lama untuk didedahkan kepada umum.


Laporan RCI Tabung Haji telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Ogos 2022, ketika Idris masih menjadi Menteri Agama dan Ahmad Marzuk masih Timbalan Menteri Agama.


Parlimen pula hanya dibubarkan pada 10 Oktober 2022, bermakna kerajaan ketika itu masih mempunyai tempoh selepas laporan berkenaan dipersembahkan.


Jadi persoalannya, dalam tempoh tersebut, adakah Idris atau Marzuk pernah mendesak supaya laporan RCI dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada rakyat?


Adakah mereka pernah meminta supaya dapatan RCI dibawa ke Parlimen atau dibincangkan secara terbuka?


Memang keputusan untuk mendedahkan laporan RCI bukan kuasa Menteri Agama seorang diri. Namun kedua-duanya memegang portfolio agama ketika laporan itu siap dan sewajarnya menjelaskan apakah pendirian serta tindakan mereka ketika itu.


Jika hari ini mahu mempersoalkan mengapa laporan RCI Tabung Haji lambat didedahkan, persoalan sama perlu dijawab mengenai tempoh ketika mereka sendiri berada dalam kerajaan. Ok





No comments: