Makin kelakar pula kerajaan hari ini.






Mana tidaknya, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang mewakili parti Perdana Menteri semasa iaitu PKR, dakwa akses pusat khidmatnya kepada sistem MyKhas telah disekat.


Tak pernah berlaku lagi kes macam ni dekat mana-mana kerajaan sebelum ini!


Sekatan ini secara tak langsung dah jejaskan pengurusan peruntukan pembangunan kawasan, termasuk bantuan rakyat, program kemasyarakatan dan Projek Mesra Rakyat.


Rodziah ada tegaskan beliau masih ahli PKR yang sah, tak pernah keluar parti, tak pula sertai parti lain atau menentang dasar Kerajaan Perpaduan di Parlimen.


Beliau mempersoalkan tindakan membekukan peruntukan tanpa penjelasan yang telus atau ruang penyelesaian.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut dilaporkan kehilangan akses kepada MyKhas.


Dalam kenyataan media, beliau mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan PRU15 menjanjikan peruntukan pembangunan yang adil kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.


Sepatutnya kita perlu menjunjung semangat reformasi yang pernah dilaungkan itu supaya tak jadi retorik dan hipokrit.


Peruntukan pembangunan kawasan sepatutnya diberikan secara adil kepada semua ahli Parlimen tak kira mereka berpihak kepada kerajaan atau pembangkang.


Mereka adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat walaupun ada kemungkinan akan jadi pembangkang.


Peruntukan itu bukan hadiah kepada ahli politik. Wang tersebut adalah untuk rakyat di kawasan berkenaan.


Jadi apa fungsi mereka kalau rakyat datang ke pusat khidmat tapi tak boleh dibantu sebab tak dapat peruntukan.


Takkan nak jadi YB tunggul saja?


"Kita tak nak peruntukan itu nanti mereka salahguna."


Perketatkan pemantauan, jalankan audit dan ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan.


"Takut kalau beri peruntukan, mereka akan jadi lebih kuat."


Tak bagi pun dah kalah dua buah negeri. Tak lama lagi mungkin jadi tiga pula.





No comments: