DEDAHKAN SAHAJA.

 


PMX tak perlu bersandiwara. Rakyat pun dah muak dengan PMX yang hanya hebat bercakap tapi tak ada tindakan. 






Kenyataan ini seolah-olah PMX sedang menyembunyikan jenayah. Dan ini amatlah tidak wajar dan salah disisi undang-undang. 


Kalau benar ada salah laku serius, dedahkan dan dakwa. Sebagai seorang Islam yang turut sama menyimpan dalam Tabung Haji, saya juga nak tahu. Sebab saya pun pening. Yang sini kata tak ada yang salah, yang sana tuduh salah sampai kata haram duit dividen Tabung Haji. Tapi yang disiasat setakat ini bekas CEO dan CFO. Tak ada pun orang politik. Jadi, adakah isu Tabung Haji ni sedang ditunggang orang tertentu sebagai modal politik menjelang pilihanraya sahaja. Sebab kalau nak dedah, patut dah lama didedahkan. Kenapa kena tunggu musim pilihanraya.


Jadi, melangkaui parti politik, saya desak PMX, jika ada yang salah, dedahkan dan wajib didakwa.




No comments: