Maka kita tahulah PKR nak letak siapa di Ampang nanti.

 


Maka kita tahulah PKR nak letak siapa di Ampang nanti.






Mungkin pimpinan rasa dengan strategi ni akan mengembalikan keyakinan pengundi (aku tak sebut penyokong) selepas beberapa siri kekalahan.


Kenapa aku tak sebut penyokong?


Parti seperti PAS dan UMNO ada base voter masing-masing. Apa pun nak jadi, dunia nak terbalik kuang ke, mereka akan tetap undi parti yang sama.


PKR tak ada base voter. Kalau ada pun agak kecil dan tidak significant.


Ramai yang mengundi PKR sebelum ni adalah sentiment voter/swing voter.


Pengundi atas pagar ni, kalau depa menyampah, maka au revoir sajalah.


Masalah bila PKR terajui Kerajaan, mereka dibantu penasihat-penasihat zaman BN yang mengurus Kerajaan di zaman BN parti mutlak memimpin di Putrajaya.


Kalau PKR sedar dari awal yang walaupun mereka pegang jawatan PM dan beberapa Menteri bahawa mereka tak kuat mana pun, mungkin pembawaan dalam mengurus Kerajaan dan krisis dalaman lebih berpijak di bumi nyata.


_*jib b*_





No comments: