Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan pembayaran AS$14.6 juta kepada sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan terus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang tular di Threads, seorang pengguna mempersoalkan bagaimana isteri bekas Perdana Menteri itu boleh dikaitkan dengan pembelian barang kemas bernilai jutaan dolar Amerika, sambil menyindir bahawa rakyat biasa hanya menerima bantuan kecil sedangkan golongan elit didakwa berbelanja mewah.
“Isteri pemimpin BN main juta-juta, makcik-makcik dapat apa saja?” antara sindiran yang dikongsi netizen.
Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi. Ada yang mengaitkan isu itu dengan pentadbiran terdahulu, manakala sebahagian lagi mempersoalkan sumber kewangan bagi urusan pembelian barang kemas berkenaan.
Terdapat juga netizen yang menggesa agar sebarang liabiliti diselesaikan menggunakan wang sendiri dan bukannya melibatkan dana awam, selain ada penyokong yang tampil mempertahankan Rosmah.
Sebelum ini, media melaporkan Rosmah memohon penangguhan untuk membayar AS$14.6 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan dalam pertikaian melibatkan 43 barangan kemas mewah.
Isu itu kembali menjadi perhatian selepas perkembangan terbaru kes berkenaan dilaporkan media.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment