Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengakui beliau kesal apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah dituduh seolah-olah “menggadaikan” Tabung Haji ketika proses pemulihan institusi itu pada 2018 dan 2019.
Menurut beliau, pemindahan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika itu telah dipolitikkan sehingga dikaitkan dengan sentimen perkauman.
“Saya sangat tak selesa apa yang berlaku pada 2018, 2019, di mana retorika dan naratifnya adalah bantai Pakatan Harapan sebab seolah-olah menggadaikan Tabung Haji semata-mata kerana pemindahan aset itu kepada UJSB.
“Kebetulan Menteri Kewangan ketika itu orang Cina dan Prokhas yang distruktur semula menjadi UJSB juga diterajui oleh orang Cina. Itulah yang dijadikan modal,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap.
Shahril berkata, beliau melihat ketika itu tiada keinsafan dalam UMNO secara keseluruhannya terhadap cara isu tersebut dimainkan.
Beliau berharap selepas lapan tahun berlalu, sudah tiba masanya semua pihak mengambil iktibar daripada episod itu dan lebih matang dalam membincangkan isu yang melibatkan institusi penting seperti Tabung Haji.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment