JANGAN JADI SG4

 



Seorang pengguna Threads mempersoalkan kempen mengajak rakyat “membirukan” Selangor dengan mendakwa negeri itu telah menikmati pelbagai inisiatif dan bantuan sepanjang hampir dua dekad di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.






Menurut pengguna itu, Selangor terus menambah baik bantuan kepada rakyat, sedangkan beberapa isu asas di Kelantan masih belum diselesaikan.


“Why don’t you ‘birukan’ your state first, try tukar dari PAS ke BN & see how it goes. Stesen bas KB rupa tu juga dari 10 tahun lepas. Air pula rupa teh tarik sampai kena pakai air boring,” tulisnya.


Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.


Seorang pengguna mendakwa ADUN PAS di kawasannya jarang turun padang sehingga orang ramai masih mendapatkan bantuan daripada bekas ADUN PH.


Seorang lagi netizen pula berkata Selangor sudah lama maju dan bimbang pertukaran kerajaan akan menjejaskan pelbagai insentif yang dinikmati rakyat.


Perbincangan itu tercetus ketika media sosial hangat memperkatakan usaha pihak tertentu mengajak pengundi menukar kerajaan di negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Harapan.


#unofficialinfo





No comments: