“
Kamarul Arifin
Dik, jangan buat macam tu. Bendi-bendi ni sampai sekali. Dah 5 batang awak buat macam tu, semua awak tak berkenan, makna semua pun awak tak akan berkenan.”
Masa tu aku pergi ke pasar untuk beli bahan-bahan untuk masak asam pedas. Ketika aku tengah pilih bunga kantan di kedai jual sayur, aku nampak ada seorang wanita patah-patahkan tangkai bendi.
Aku rasa dia buat macam tu untuk periksa tua ke muda bendi-bendi tu. Lepas dia cuba patahkan, aku nampak ada dia letak semula bendi tu. Itu yang dia ditegur makcik penjual sayur tu.
“Tak boleh pilih ke?” tanya wanita tu.
“Boleh pilih, tapi tak eloklah buat macam tu” balas makcik penjual tu.
“Kenapa tak boleh patahkan? Awak tak akan jual bendi yang tua macam ni, kan?” kata wanita itu, berhenti seketika sambil menjeling penjual di hadapannya, kemudian menyambung “Tak berkat tau tipu pembeli!”
“Bila masa saya tipu. Bendi tu ada di situ, harga situ. Saya tak paksa beli. Nak pilih-pilihlah— “ kata-kata penjual terhenti bila wanita tadi tiba-tiba memotong percakapannya.
“Dah tu, kenapa gelabah sangat? Kan saya tengah pilihlah tu!” sampuk wanita berkenaan.
“ — tapi janganlah dipatah-patahkan. Jika layu, saya masih boleh jual murah, tapi kalau dah rosak tak ada orang nak beli. Beri percuma pun belum tentu orang nak ambil.” sambung penjual tu,
“Weh makcik! Aku boleh bayarlah! Jangan kata 5 batang ni, semua ni pun aku mampulah!” jerkah wanita tu sambil melempar keluar sekeping RM50.
Makcik penjual tu hanya lihat sahaja nota hijau yang jatuh pada longgokan bendi di atas meja, lalu digelengkan kepalanya.
“Ha, ambillah! Tadi sibuk risau tak ada orang nak beli. Kenapa, tak cukup? Jap” kata wanita tu sambil membuka semula beg duitnya.
Kemudian datang seorang pemuda dan berkata kepada wanita yang mula naik angin tu — “Dah dah lah tu. Saya rasa baik puan pergi(beredar).”
“Awak tak payah masuk campurlah! Ni urusan saya dengan orang tua yang sibuk fikir duit lagi. Tak sedar diri dah nak mati. Duit tak bawa masuk kuburlah. Berniaga pun tak jujur, patutlah sampai tua jual sayur je.” pekik wanita tadi.
“Puan, orang tua ni mak saya. Tak perlulah puan kata macam tu pada dia,” kata pemuda berkenaan sebelum mengutip nota hijau di longgokan bendi.
“Puan, ambillah duit puan ni balik,” kata pemuda tu lagi sambil menghulur duit berkenaan.
“Ambil balik duit awak tu. Saya tak hadaplah duit awak tu. RM50 ni nilai harga diri awak, bukan nilai harga diri saya. Walaupun kami ni penjual sayur, diri sayai awak takkan mampu bayarlah!” kata makcik tu.
“Mak!” tegur pemuda tadi dan mendapatkan maknya yang sedang kemam bibir. Menahan amarah barangkali. Nampak juga butir air jernih bergenang di hujung matanya.
Ketika tu, orang ramai dah berkumpul. Paling tidak, ada 15 pasang mata yang menyaksikan drama yang berlangsung tu. Kelihatannya, setiap pasang mata di situ bersetuju bahawa wanita tadi perlu beredar.
Wanita tadi terpaksa akur dengan pendapat orang ramai. Dia beredar pergi dengan langkah penuh amarah. Semua orang yang ada di situ memandang sesama sendiri, dan mengangkat bahu tanda tak faham kenapa wanita itu sangat bitter.
Selepas pilih bunga kantan, aku ambil kelima-lima bendi yang rosak tu dan beberapa batang lagi, masukkan dalam plastik dan ikat. Sejujurnya aku beli bendi patah tu sebab aku yang rasa kasihan pada makcik berkenaan.
Jika ikutkan, memamg bendi tu tua. Cuma aku terbayangkan kalau mak aku diperlakukan begitu. Pedih dia macam tangkai jantung aku pula yang di patahkan oleh wanita tadi.
Aku tabik dekat pemuda tadi tu. Walaupun wanita tu berkasar pada emak dia dulu, tapi bila emak dia berkasar semula, dia tegur mak dia. Mesti dia dibesarkan dengan baik oleh ibubapa dia.
Apapun, tak kiralah siapa kita, tinggi mana darjat kita, tak usah pandang rendah pada orang. Kalau orang tegur, kita ambillah secara positif. Jika dikasari, tak usah balas dengan kekasaran.
Jika kita amalkan itu, pasti tinggi nilai kita di mata orang sekeliling. Jika tidak pun, InsyaAllah tinggi di sisiNya.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sebatang bendi
Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment