I'm ONN HAFIZ LAMBANG JIWA TULEN UMNO, SAMBUTLAH KEBERANIANNYA!!
8 Jun 2026
Saya lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan DAP - ini adalah ungkapan paling berani Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menjelang PRN yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sebenarnya itulah isi hati jiwa tulen seorang pemimpin UMNO yang berjiwa UMNO yang sebenar-benarnya.
Hakikatnya, sejak dulu, kini dan selamanya - UMNO memang tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana dasar dan laluan perjuangan kedua-dua parti itu adalah jauh berbeza.
Meskipun UMNO di peringkat pusat sedang bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya bagi membentuk kerajaan perpaduan, namun Onn Hafiz bertegas tidak mahu menbenarkan keadaan itu berlaku di Johor.
Ertinya, jika seluruh pemimpin, ahli dan penyokong UMNO di negeri itu mahu senada dengannya, tiada lain caranya ialah melainkan UMNO/BN mesti berusaha menghasilkan kemenangan mutlak dalam PRN mendatang.
Kalau ditakdirkan UMNO/BN akirnya tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dan terpaksa bekerjasama dengan DAP, Onn Hafiz dengan jelas menyatakan pendiriannya tidak rela terus duduk sebagai Menteri Besar.
Ertinya, jika bekerjasama juga dengan DAP, berilah pemimpin lain memegang jawatan Menteri Besar Johor selepas ini.
Dalam hal ini, ada juga pihak yang bendul dengan menyiarkan gambar-gambar lama Onn Hafiz sedang berbual-bual dengan beberapa pemimpin DAP.
Yang beliau maksudkan enggan duduk semeja dengan DAP ialah tidak mahu berkongsi kuasa dalam pembentukan kerajaan negeri, bukan menolak untuk berbual atau berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan mana-mana pemimpin DAP.
Janganlah bendul sangat Beb!!
Apa pun, ungkapan Onn Hafiz enggan duduk semeja atau berkongsi kuasa dengan DAP adalah bertujuan untuk membakar semangat UMNO Johor agar lebih gigih berjuang mencari kemenangan pada PRN mendatang.
Tetapi, dengan beliau seorang saja berani menolak DAP ketika ini, ia mungkin tidak cukup untuk merangsang kebangkitan bagi merealisasikan kemenangan yang diharap-harapkan.
Seharusnya UMNO pusat juga mengambil tindakan yang sama dengan segera memutuskan hubungan dengan DAP, sekaligus keluar daripada kerajaan perpaduan yang tidak dapat dilindungi lagi memang ada DAP di dalamnya.
Lagi pun, Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan di Johor Bahru semalam turut menyebut bahawa kerajaan perpaduan tidak akan terbentuk dan Anwar Ibrahim tidak mungkin jadi Perdana Menteri jika tanpa sokongan UMNO/BN.
Hanya dengan UMNO secara total berani memisahkan dirinya daripada DAP berupaya memungkinkan UMNO/BN Johor mampu terus membentuk kerajaan negeri secara solo.
Jika tidak, pengundi tidak akan percaya dan menganggap episod gaduh-gaduh dengan DAP yang tiba-tiba muncul ini hanya babak drama pilihan raya belaka.
Lantaran itu, UMNO mesti berhenti main wayang dan membuktikan kepada rakyat melalui perbuatan bahawa menolak DAP bukanlah sekadar ucapan, tetapi betul-betul realiti yang dibuktikan dengan tindakan.
Keberanian dan ketegasan menolak DAP yang ditunjukkan Onn Hafiz sepatutnya segera disambut oleh seluruh kepimpinan UMNO tanpa menunggu siang bertukar malam kalau mereka benar-benar mahu melihat kemenangan di Johor sebagai suatu kebangkitan yang bermakna kepada seluruh negara. - ShahbudinHusin 08Jun2026.
#ayuhbangsajohor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1305599408229842&id=100063393840098





No comments:
Post a Comment