Berani Lawan DAP di Johor, Berani Ke Tegur Presiden di Putrajaya?


Jason.





1. Saya dengar ucapan Onn Hafiz. Katanya sanggup letak jawatan daripada tubuh kerajaan dengan DAP di Johor.


2. Hebat bunyinya. Menggegar dewan. Nampak macam pejuang yang paling berani. Sanggup buang pangkat, buang kuasa. Kononnya demi prinsip.


3. Tapi saya rasa lucu. Di Johor dia kata geli, tak sanggup duduk semeja dengan DAP. Tolak bulat-bulat.


4. Habis itu, bos besar dia sendiri hari-hari bertepuk tampar dengan pemimpin DAP di Putrajaya. Boleh pula senyum kongsi kuasa jadi Timbalan Perdana Menteri.


5. Kenapa Onn Hafiz tak suruh Presiden dia letak jawatan? Atau keberanian dia ini cuma laku di dalam sempadan negeri Johor sahaja?


6. Inilah wayang orang politik. Dia tahu UMNO sekarang sudah hilang taring. Jadi kenalah berlakon tunjuk hero depan orang Johor. Acah-acah nak letak jawatan supaya orang nampak dia ini pejuang.


7. Kononnya soal prinsip. Kalau dia betul-betul berani, lawanlah pucuk pimpinan yang bersama DAP dalam kerajaan pusat itu. 


8. Cakap memang senang. Kita tunggu dan lihat sajalah. 


#PRNJohor




No comments: