PARTY FIRST, NATION ASIDE




 PARTY FIRST, NATION ASIDE

Bila Onn berkempen mirip ke isu ‘perkauman’
APA AKAN JADI JIKA DAP DIHARAMKAN?



Saya terkejut apabila Onn Hafiz memberitahu dia tidak akan duduk semeja dengan DAP.
Pertama kerana Onn seorang yg berpendidikan tinggi dan moden, kedua beliau adalah Menteri Besar Johor iaitu sebuah negeri yg mempunyai 45% penduduk bukan Melayu.
Jika AJK Cawangan PAS Terengganu berkata demikian saya tidak terkejut kerana ia berkait dengan corak kehidupan di negeri tersebut, pendidikan dan doktrin perkauman yg sempit.
Sdgkan baru beberapa tahun lalu Onn duduk semeja, ke sana ke sini berkempen bersama DAP dlm pilihanraya kecil.
Apabila Onn berkata demikian ia seolah olah dia menafikan hak, kemahuan dan pilihan bangsa Cina di Johor yg memilih DAP sebagai wadah parti politik utk membawa suara masyarakat komuniti ini.
Di mana salahnya pilihan kaum Cina atau India yg memilih DAP sebagai wadah parti politik mereka? Apa salah DAP di mata Onn hingga tidak sanggup duduk semeja. Sdgkan begitu byk foto2 Onn duduk semeja dgn pimpinan DAP sebelum ini.
Adakah Onn lupa, ketika pilhanraya kecil MAHKOTA yg lalu apabila pimpinan DAP turun membantu mereka, sehingga UMNO Johor mendapat majoriti yg besar.
Kita lihat faktanya,
MAHKOTA 2022-2024
- BN solo menang majoriti 5166 (2022)
- BN bersama DAP menang majoriti 20,648 (PRK 2024)
MAHKOTA 2008- 2018
- 2008 BN Menang majoriti 8480
- 2013 BN Menang majoriti 1108
- 2018 BN KALAH majoriti 1668
Data menunjukkan UMNO Johor menang besar hasil bantuan DAP.
Isunya adakah Onn terpengaruh dan terdesak utk mendapatkan undi Melayu. Memecah belahkan rakyat atau bangsa Johor dgn isu berbau perkauman.
Tidakkah Onn sedar selama hari ini UMNO difitnah oleh PAS sebagai UMDAP. Sdgkan pimpinan UMNO tahu, UMNO tidak pernah tunduk kpd DAP.
DAP tidak pernah ganggu hak keistimewaan org Melayu, tidak pernah campur tangan urusan agama Islam dan lain2.
Puas pimpinan UMNO berhujah, “ Kami tidak pernah tunduk kpd DAP!” Tapi PAS terus fitnah menghasut org Melayu menolak UMNO kononnya UMNO jadi ‘barua’ DAP.
Sama seperti Tun Mahathir pernah pertahankan DAP dan beliau berkata, “Mereka kata DAP mampu memusnahkan Melayu. Ini mengarut kerana org seperti Najib dan Muhyiddin yg dapat memusnahkan Melayu. Ini kerana mereka menipu, rasuah dan sebagainya.”
Belajarlah dari DS Anwar… beliau memperjuangkan nasib rakyat semua kaum. Beliau tidak pernah memainkan isu perkauman hanya utk menjadi Perdana Menteri. Anwar tahu ia hanya menghancurkan masa depan negara.
Isu perkauman tidak baik utk masa depan negara. Rakyat mula melihat diri mereka sebagai anggota kaum tertentu terlebih dahulu, bukan sebagai warganegara yg berkongsi masa depan yg sama.
Ucapan dan kempen yg menonjolkan perbezaan kaum boleh menimbulkan rasa curiga, takut dan permusuhan antara komuniti.
Bagi saya ia hanya sekadar utk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar terutama berkait dgn isu rasuah. Perbahasan mengenai ekonomi, pekerjaan,pendidikan, kesihatan dan kos sara hidup boleh tenggelam di sebalik polemik perkauman.
Ia juga hanya melemahkan perpaduan nasional kerana sukar utk membina identiti kebangsaan yg kukuh apabila politik sentiasa dibahagikan mengikut kaum.
Ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan ekonomi. Pelabur biasanya lebih yakin terhadap negara yg stabil dan bersatu. Ketegangan kaum boleh menimbulkan ketidakpastian.
Akhirnya agenda memperbodohkan rakyat itu minda masyarakat Malaysia alami politik ketakutan.
Pengundi akn membuat keputusan berdasarkan ketakutan terhadap kaum lain, bukan berdasarkan dasar, prestasi atau keupayaan mentadbir. Ia satu kerugian buat negara.
Onn sewajarnya jgn terpengaruh dgn politik murahan. Sebagai org yg sentiasa menganalisis politik semasa, saya memuji cara anda bekerja. Anak muda yg sgt rajin bekerja.
Bila Onn bermain dgn isu perkauman tanpa asas yg kukuh dan lebih kpd assumption utk lahirkan perceptions mindset rakyat, ia sgt menyedihkan buat bangsa Johor.
Apabila 45% bangsa Johor bukan Melayu memilih DAP, sebagai MB anda mesti menghormatinya walau tidak bersetuju. Jika menolaknya seolah olah anda menolak bangsa non malay ini hak mereka yg mewakilkan wakil rakyat DAP menjadi suara mereka.
Akhirnya masyarakat Cina yg kecewa meluahkan perasaan di medsos. Saya terbaca tulisan tersebut, ‘party first, nation aside’. Apa maksudnya?
Mereka beritahu anda ( Onn) tindakan membubarkan DUN secara tiba2 tanpa sebab yg kukuh, anda dilihat sebagai seorang yg hanya lebih mengutamakan parti, berbanding negara.
Laporan dari analisis FMT, ‘The push to revive Muafakat Nasional is seen as reflecting a PAS strategic need more than a renewed push for Malay-Muslim unity.’
Desakan utk menghidupkan semula Muafakat Nasional dianggap lebih didorong oleh kepentingan strategi politik PAS daripada hasrat tulen utk menyatukan org Melayu dan umat Islam.
Pesan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai larangan "jangan dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama.”
Ia berdasarkan metafora berlandaskan hadis merujuk peringatan keras agar umat Islam tidak tertipu atau diperdaya berulang kali oleh pihak lawan.
UMNO belum pulih lagi dan ia memerlukan masa. PAS lebih menguasai pengundi Melayu. UMNO jika mahu kuat perlu berdiri atas kaki sendiri dan bukan menunggang sepertimana berlaku kpd BERSATU.
BERSATU mudah sahaja dibuli, bila diperlukan kitalah kawan, bila habis madu… kita akn jadi lawan dgn mencipta pelbagai alasan utk dilafazkan cerai.
Realistic budaya politik bagaimana utk mencorakkan budaya politik negara. Jgn jadi seperti PAS kempen mereka mudah, DAP DAP DAP, UMDAP UMDAP UMDAP, kafir harbi, kandang babi, tahi babi…
Tidak perlu buktikan kejayaan ekonomi utk rakyat. Cukup mainkan sentimen. Sdgkan DS Anwar buktikan kejayaan mentadbir negara menerusi ekonomi negara.
Ada datanya dan faktanya… jika Anwar mahukan populis beliau boleh sahaja mengkafirkan dan sama2 wiridkan DAP DAP DAP. Tapi itulah Anwar Ibrahim, beliau tidak sanggup gadaikan maruah bangsa Malaysia hanya utk kuasa.
Saya nak tanya kpd pimpinan PAS atau UMNO dan pembaca… Mengapa bila berkuasa tidak haramkan DAP jika benar mereka ancaman negara?
Jika DAP diharamkan apa isu yg ingin dimainkan? Adakah akn ulang skrip yg sama “Kita menentang UMNO bukan kerana nama UMNO”?




No comments: