𝗕𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥 𝗗𝗨𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟, 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜



Ahmad Mursi


1. Politik negara stabil. Ekonomi negara berada pada prestasi terbaik. Prestasi Ringgit antara mata wang terbaik dunia. Pelaburan masuk mencatat paras tertinggi dalam sejarah. Inflasi pula rendah.
2. Ketika satu dunia kelam kabut akibat perang Iran dan krisis tenaga global, rakyat Malaysia tetap tenang. Kedai makan penuh. Pusat pelancongan hidup. Ekonomi bergerak.
3. Begitulah cemerlangnya kerajaan Madani menjaga kebajikan rakyat.
4. Johor juga menerima limpahan pembangunan dan pelaburan besar hasil kestabilan dan kemakmuran yang dibawa kerajaan Persekutuan.
5. Tetapi banyak usaha kerajaan Pusat dipamerkan oleh kerajaan negeri seolah-olah itu semua milik negeri semata-mata untuk minta dipuji.
6. Persoalannya, kenapa tiba-tiba BN Johor dan Onn Hafiz mahu bubar DUN dan mengadakan pilihan raya? Kenapa tidak tunggu tamat tempoh setahun lagi?
7. Bukankah ketika dunia sedang menuju fasa krisis tenaga yang lebih mencabar, kestabilan negeri dan negara sepatutnya dipertahankan?
8. Jawapannya mudah. BN Johor tahu, jika PRN Johor dibuat serentak dengan PRU16, lebih ramai anak Johor yang bekerja dan belajar di luar negeri akan pulang mengundi.
9. Itu yang BN Johor takut.
10. Lebih rendah jumlah keluar mengundi, lebih BN Johor suka. Kalau hari buang undi dibuat pada hari bekerja pun saya langsung tidak terkejut.
11. Sebab itu jika rakyat marah dengan sikap tidak prihatin kerajaan Johor ini, saya rasa sangat wajar.
12. Pada PRN Johor lalu, ramai tidak keluar mengundi kerana bimbang jangkitan COVID-19. BN menang besar ketika turnout rendah.
13. Tetapi pada PRU15, apabila lebih ramai rakyat keluar mengundi, keputusan berubah. Kerusi Parlimen di Johor menjadi jauh lebih seimbang antara PH dan BN.
14. Bagi saya, negara dan negeri akan jadi lebih baik apabila tiada monopoli kuasa. Itulah kekuatan kerajaan Perpaduan Madani. Ada keseimbangan kuasa. Kesannya baik untuk negara.
15. Kalau BN Johor benar-benar yakin rakyat bersama mereka, sepatutnya tunggulah PRU16. Biar semua anak Johor balik mengundi.
16. Tapi rupanya, BN Johor takut undi rakyatnya sendiri.




No comments: