Seusai tiba di Vladivostok, saya langsung menerima kunjungan hormat dari sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rusia saudara TYT Rustam Minnikhanov. Saudara Rustam tempoh hari telah melakukan kunjungan ke Malaysia pada bulan lalu.
Pertemuan tersebut tentunya bagi meraikan persahabatan erat antara Malaysia dan Republik Tatarstan selain turut membincangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dari segi ekonomi dengan pelabur-pelabur dari Tatarstan dan Mesyuarat Russia-Islamic World Strategic Vision Group.
Saya juga mengambil peluang menerangkan hala tuju malaysia dalam beberapa bidang strategik berdasarkan polisi yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI termasuk bidang transformasi digital, peralihan tenaga, pelancongan dan keterjaminan makanan.
Semoga persahabatan akrab ini akan membawa manfaat yang terbaik buat Malaysia dan juga Tatarstan.
#MalaysiaMADANI