[gempak] OTAK HADI BELUM MERDEKA? KENYATAAN TERKINI DS ANWAR PMX!



Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya sekretariat itu juga akan memastikan tiada pegawai awam menggunakan jawatan yang disandang untuk melakukan perbuatan curang, selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan reformasi perkhidmatan awam. "Cadangan untuk kita lakukan reformasi penjawat awam perlu diteruskan baik dalam kerajaan, badan berkanun, syarikat-syarikat kerajaan. "(Ada antara) Mereka yang memandang kedudukan sebagai satu habuan, mereka kadang-kala mempamerkan kemewahan dari dana rakyat, negara. “Sebab itu pemantauan harus teliti. Saya telah putuskan baru-baru ini Kementerian Kewangan (MoF) membentuk jawatankuasa dua hala iaitu (jawatankuasa) mengemas kini rasionalisasi badan-badan berkanun," katanya pada Majlis Perhimpunan MoF di Putrajaya hari ini. Anwar berkata oleh kerana jumlah badan berkanun terlalu banyak dan bertindih serta sukar untuk dirasionalisasikan, ia perlu dikurangkan dan diperkemas. Menurut perdana menteri ketika ini terlalu banyak pertindihan fungsi berlaku dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sehingga menyebabkan keterlanjuran kewangan dan mendorong ke arah perbelanjaan tidak terkawal. "Badan berkanun itu terlalu banyak bertindih dan ketelanjuran, belanjanya pun banyak," katanya..



No comments: